Satu kajian kes sosio-ekonomi pekerja kilang A (kilang kasut) Petaling Jaya / Soh Chuan Sing

Soh , Chuan Sing (1984) Satu kajian kes sosio-ekonomi pekerja kilang A (kilang kasut) Petaling Jaya / Soh Chuan Sing. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (10Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini merupakan satu kajian kes ke atas aspek sosio-ekonomi pekerja Kilang A yang terletak di Petaling Jaya. Namun demikian, beberapa aspek kajian ini telah dibuat perbandingan dengan sebuah kilang lain yang terletak di Shah Alam (Kilang B). Perbandingan ini hanya berdasarkan kepada penganalisaan data-data soal-selidik. Jilid kajian ini mengandungi enam bab yang merangkumi bab I, pengenalan; bab II, organisasi Syarikat dan Proses pengeluaran; Bab III, syarat-syarat dan keadaan kerja; bab IV, latarbelakang pekerja; bab V, sikap pekerja dan bab Vl, penutup. Di dalam bab pengenalan, perbincangan adalah berkenaan dengan aspek industrilisasi di dalam proses pelbagaian ekonomi negara kita. Di samping itu, ia juga mengandungi skop kajian yang ditumpukan serta metodologi yang digunakan seperti pemilihan kilang, kaedah pengumpulan data, sampling dan sebagainya. Bab kedua adalah berkenaan dengan struktur organisasi kilang seperti latarbelakang, struktur hiraki pengurusan dan corak perniagaan syarikat serta modal dan pengagihan saham kilang berkenaan. Selain daripada itu, proses pengeluaran yang bermula dari barang mentah hingga barang siap juga dibincangkan di dalam bab ini yang meliputi tingkat teknologi dan kemahiran pekerja. Bab ketiga pula, adalah berhubung dengan syarat dan peraturan kerja di kilang berkenaan yang rnerangkumi polisi perjawatan, skim gaji, dan sebagainya serta faedah-faedah sampingan dan keistimewaan yang boleh di perolehi dengan bekerja dalam kilang itu. Bab yang seterusnya memberi tumpuan khas ke atas aspek latar belakang pekerja. la bercorak penganalisaan datu-data soal-selidik serta dibuat perbandingan dengan sebuah kilang di Shah Alam iaitu Kilang B. Aspek-aspek yang ditinjau termasuklah hubungan angkubah-angkubah seperti tingkat umur, status perkahwinan dan tahap pelajaran dengan corak kehidupan para pekerja. Bab kelima adalah berkaitan dengan sikap pekerja yang mengandungi dua jenis yakni sikap terhadap aspek kerja dan sikap terhadap pihak majikan khususnya penyelia mereka . Bab ini juga dibuat perbandingan dengan kilang B dan inti perbandingan itu ialah aspirasi dan pendapat para pekerja berkenaan dengan sesuatu sifat kerja dan hubungan penyelia-penyelia. Bab akhir sebagai penutup ini mengandungi perbincangan berkenaan dengan beberapa aspek kepincangan kajian ilmiah dan langkah-langkah serta cadangan-cadangan pengkaji untuk memperbaikinya. Di samping itu, ia juga merangkumi syor-syor yang dicadangkan agar dapat mewujudkan satu suasana pekerjaan yang harmonis di antara pihak majikan dan para pekerja serta peranan yang harus dimainkan oleh pihak kerajaan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1983/1984.
    Uncontrolled Keywords: Sosio-ekonomi; Kilang; Majikan; Kemahiran; Teknologi
    Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 24 Feb 2021 04:59
    Last Modified: 24 Feb 2021 04:59
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12075

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item