Orang Thai di Simpang Empat: Satu kajian mengenai identiti dan hubungan etnik di perkampungan Thai di Simpang Empat, Baling, Kedah / Chanthira Kunthong

Chanthira , Kunthong (1991) Orang Thai di Simpang Empat: Satu kajian mengenai identiti dan hubungan etnik di perkampungan Thai di Simpang Empat, Baling, Kedah / Chanthira Kunthong. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (12Mb) | Preview

    Abstract

    Latihan ilmiah ini adalah merupakan satu kajian tentang identiti orang-orang Thai dan perhubungan etnik di Kampung Simpang Empat, Baling, Kedah. Tujuan penting kajian ini adalah untuk melihat sejauh manakah orang-orang Thai dapat mengekalkan identiti mereka yang terdiri daripada faktor agama, bahasa dan sosial dan juga mengkaji tentang pola-pola perhubungan serta interaksi di antara kumpulan-kumpulan etnik di Kampung Simpang Empat. Kajian ini dibahagikan kepada lima bab. Dalam bab pertama di bincangkan tentang tujuan dan bidang kajian. Kaedah penyelidikan yang digunakan, dan beberapa masalah yang timbul semasa menjalankan kajian. Bab kedua pula membincangkan latarbelakang tempat dan penduduk yang dikaji. Perbincangan adalah ditumpukan kepada penyebaran penduduk, sejarah tempat yang dikaji dan responden, pekerjaan, pendapatan serta organisasi sosial. Bab ketiga membincangl:an mengenai identiti orang-orang Thai dari segi agama, bahasa dan struktur keluarga. Seterusnya bab ini juga melihat sejauh manakah mereka masih Mempertahankan identiti kebudayaan mereka dan salah satu Daripada identiti ynng masih dikekalkan oleh orang-orang Thai adalah masuk sami. Bab ini juga membincangkan kepercayaan-kepercayaan terhadap penunggu, upacara masuk sami dan juga tujuan masuk sami. Bab ke empat membuat analisa tentang bentuk perhubungan etnik yang ditinjau dari segi hubungan etnik yang wujud di dalam kampung dan di antara kampung-kampung Siam yang lain dan juga perhubungan etnik di antara orang-orang Thai dengan kaum lain. Bab ini juga membincangkan mengenai bentuk-bentuk perhubungan etnik yang wujud dari segi ekonomi, sosial dan kebudayaan. Akhir sekali, dalam bab kelima telah diberikan analisa dan kesimpulan tentang identiti orang-orang Thai dan perhubungan etnik di kampung Simpang Empat ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1990/1991.
    Uncontrolled Keywords: Orang Thai; Interaksi; Perhubungan etnik; Organisasi sosial; Bahasa
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 21 Apr 2021 06:28
    Last Modified: 21 Apr 2021 06:28
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12137

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item