Zainab, Abdul Kadir (2004) Sistem latihan industri (SLI) / Zainab Abdul Kadir. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Program Latihan Industri merupakan program yang wajib diambil bagi memenuhi syarat ijazah Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya. Justeru itu, dalam menjalankan proses pengurusannya, satu sistem elektronik yang bersepadu perlu diwujud.kan bagi melicinkan lagi tugas-tugas dan mempercepatkan lagi pengurusan. Untuk tujuan ini, Sistem Latihan Industri telah dicadangkan sebagai memenuhi segala kehendak tersebut. Sistem Latihan Industri merupakan satu sistem capaian segala maklumat mengenai Latihan Industri daripada capaian borang-borang untuk diisi sehinggalah kepada pangkalan data para pelajar yang mengikuti Latihan Industri untuk setiap sesi. Dengan adanya sisterm ini, dapat memudahkan pihak pentadbir yang menguruskan program Latihan Industri kerana setiap penghantaran data dapat dilakukan dalam sistem ini. Sistem Latihan Industri mempunyai kelebihan dan kepentingannya yang tersendiri. Antaranya ialah sistem ini membekalkan maklumat mengenai program Latihan Industri yang diadakan. Selain itu, ciri-ciri keselamatan juga ditekankan kedalam sistem ini. Dengan ciri keselamatan ini, setiap data yang dihantar kedalam pangkalan data terdiri daripada data yang sah dan daripada pengguna yang sah sahaja. Dengan adanya sistem ini, segala proses dan maklumat dapat dimasukkan, dikemaskinikan dan dipaparkan dengan lebih efisyen, menjimatkan masa dan sekaligus menjimatkan kos. Matlamat utama pembangunan Sistem Latihan lndustri ialah untuk menggantikan sistem pengurusan Latihan Industri semasa kepada satu sistem yang lebih berkesan dan sistem yang dapat menyelesaikan masalah sedia ada dan seterusnya untuk pembangunan sistem elektronik yang bersepadu di seluruh FSKTM.
Actions (For repository staff only : Login required)