Sistem analisis pemarkahan / Mohadi Mohamed

Mohadi, Mohamed (2003) Sistem analisis pemarkahan / Mohadi Mohamed. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (32Mb) | Preview

    Abstract

    Sistem Analisis Pemarkahan untuk Penilaian Akademik atau singkatannya SAP merupakan sistem yang dicadangkan untuk kegunaan para pensyarah di Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklmnat, Universiti Malaya. Ia merupakan satu bentuk sistem sokongan kepada pensyarah yang akan menyediakan perkhidmatan menetapkan gred pelajar secara automatik serta mengeluarkan output dalam bentuk laporan dan graf untuk memudahkan kerja menganalisis pencapaian para pelajarnya. Laporan ini dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama merangkmni pengenalan projek, kajian literasi, metodologi & analisis sistem serta rekabentuk sistem yang akan dibangunkan kelak. Pengenalan memberikan sedikit gambaran asas terhadap sistem yang bakal dibangunkan. Bab ini memberikan penekanan kepada definisi, objektif, domain/skop dan pelan perancangan pembangunan SAP. Kajian Literasi pula memberikan huraian ke atas sistem-sistem semasa yang seumpamanya serta rumusan bagi analisis keperluan sistem. Bah ini juga memberikan menyediakan gambaran literasi proses bagi SAP termasuk piawaian yang cuba dipenuhinya. Metodologi dan Analisa Keperluan Sistem merupakan bab yang terpenting kerana bab ini memberikan huraian terhadap metodologi kajian dan analisis sistem. Rekabentuk Sistem pula menyediakan carta alir, carta struktur, struktur pangkalan data dan rekabentuk komponen-komponen sistem yang dicadangkan. Fasa kedua melibatkan huraian terhadap Pelaksanaan Sistem, Pengujian dan Penilaian Sistem. Tiga bab terakhir akan memberikan maklmnat tentang fasa ini. Laporan ini akan diakhiri dengan manual pengguna dan sampel kod aturcara bagi operasi-operasi tertentu. Diharapkan hasil penulisan laporan ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca selain memberi gambaran awal tentang SAP sebagai satu sistem sokongan untuk kegunaan para pensyarah.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2003.
    Uncontrolled Keywords: Analisis pemarkahan; Analisis; Laporan kemajuan
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 10 May 2021 04:24
    Last Modified: 10 May 2021 04:24
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12171

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item