Irma Yuliana, Azman (2003) 3D Tic Tac Toe / Irma Yuliana Azman. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
WXES 3182 Projek Ilmiah Tahap Akhir II merupakan kursus teras fakulti bagi Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Universiti Malaya. Setiap pelajar yang mengambil kursus Sarjana Muda Teknologi Maklumat diwajibkan untuk mengambil subjek ini. Tujuan subjek ini adalah untuk mengaplikasikan teknik-teknik yang telah dipelajari secara teori. Pelajar dikehendaki untuk menjalankan kerja persendirian melalui satu projek yang telah ditentukan terlebih dahulu. Pelajar dikehendaki menyediakan satu system lengkap berserta dengan laporan bertulis terhadap projek yang telah dibangunkan. Bagi projek ini, pembangunan Sistem Permainan 3D Tic Tac Toe dilaksanakan merangkumi semua aspek bagi pembangunan sesuatu sistem berkomputer. Permainan JD Tic Tac Toe yang dibangunkan ini mempunyai konsep permainan yang sama dengan 2D Tic Tac Toe. Permainan ini diberi tajuk JD Tic Tac Toe bersesuaian dengan 2D Tic Tac Toe yang dijadikan asas dalam penghasilan permainan ini. Perbezaan yang boleh diperolehi dari kedua-dua permainan ini adalah pada papan dimana bagi 3D Tic Tac Toe menggunakan 3 papan manakala 2D Tic Tac Toe hanya menggunakan satu papan sahaja. Permainan ini diharap dapat memberi satu dimensi baru permainan papan yang akan dimainkan secara komputer, sesuai dengan perkembangan pesat dunia pengkomputeran pada masa kini.
Actions (For repository staff only : Login required)