Sistem pakar bagi pakej pelancongan / Azdiah Azura Abdullah

Azdiah Azura , Abdullah (2003) Sistem pakar bagi pakej pelancongan / Azdiah Azura Abdullah. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (11Mb) | Preview

    Abstract

    Laporan ini ditulis bagi melengkapkan Projek llmiah Tahap Akhir yang telah dijalankan pada sesi 2002 I 2003. Projek Jlmiah Tahap Akhir adalah merupakan sebahagian daripada Kursus Teras Fakulti bagi melengkapkan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer di Universiti Malaya. Projek Ilmiah Tahap Akhir adalah suatu latihan akademik di dalam penyelidikan, rekabentuk, pembangunan dan komunikasi yang melibatkan prinsip-prinsip sains komputer. Projek Ilmiah Tahap Akhir mempunyai dua komponen iaitu WXES318l: Projek llmiah Tahap Akhir I, dan WXES3 182: Projek Ilmiah Tahap Akhir II. Kandungan WXES3181 terdiri daripada penerangan bagi projek yang dicadangkan dengan sokongan oleh tinjauan literasi, perancangan dan rekabentuk. Kandungan WXES3182 pula terdiri daripada pembangunan sistem dan juga laporan penuh bagi projek tersebut. Laporan ini merupakan suatu dokuman bertulis yang mengandungi pembangunan, pengurusan dan pengujian sistem yang lengkap. Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar terhadap persekitaran pembangunan sistem yang sebenar, pengaplikasian teori yang dipelajari, mengenali teknologi dan sistem terkini serta belajar menghadapi I mengendali tekanan dari segi mental dan emosi. Pendedahan-pendedahan ini diharapkan dapat membantu pelajar menjalani dunia pekerjaan yang akan diceburinya setelah tamat pengajian nanti. Laporan ini mengandungi 8 bahagian utama. Bahagian pertama iaitu bahagian pengenalan akan menceritakan sedikit sebanyak tentang definisi masalah, matlamat atau objektif projek, skop projek dan juga menggariskan rancangan perlaksanaan projek. Perancangan perlaksanaan projek ada digambarkan dalam jadual perancangan projek. Bahagian kedua pula kajian permasalahan yang dijalankan sebelum projek dapat dilaksanakan. lanya meliputi kajian serta analisa ke atas sistem-sistem terdahulu, kajian berkenaan teknik yang akan digunakan serta kajian terhadap domain bagi projek tersebut Bahagian ketiga memberikan satu huraian yang mendalam tentang kaedah penyelidikan dan teknik yang digunakan bagi menyelesaikan masalah projek yang dikemukan. Bahagian keempat memberikan huraian berkenaan keperluan-keperluan yang diperlukan seperti keperluan fungsian, keperluan bukan fungsian, keperluan perkakasan dan perisian. Di dalam bahagian kelima, terdapat huraian yang melibatkan proses pencantuman kesemua bahagian-bahagian tertentu kepada sebuah sistem yang mengandungi fungsi-fungsi yang harus dilaksanakan oleh sistem. Ianya melibatkan rekabentuk antaramuka, aliran maklumat dan modul-modul yang terlibat dalam sesuatu projek. Bahagian keenam menerangkan tentang perlaksanaan sistem iaitu fasa yang mengintegrasikan modul rekaan atau fungsi bagi sistem berasaskan kepada keperluan-keperluannya. Ia juga menerangkan ten tang segala perubahan yang dilakukan serta persekitaran pembangunan sistem. Bahagian ketujuh adalah fasa pengujian sistem. Ia merupakan suatu proses bagi menguji keberkesanan sesuatu aturcara itu dalam menjalankan fungsi-fungsinya serta melibatkan proses pengesahan dan pentahkikkan terhadap sistem untuk memastikan kualiti sistern adalah seperti mana yang dikehendaki. Akhir sekali di dalarn bahagian kelapan, membincangkan tentang segala keputusan akhir projek dan perubahan-perubahan yang dilakukan ke atas sistem seperti mengenalpasti masalah, kelemahan dan kekuatann sistem serta cadangan dalam memperbaiki sistem pada masa hadapan. Fasa ini perlu dilakukan agar pembangun dapat menganalisa sejauh mana kejayaannya dalarn mencapai matlamat objektif pembangunan sistem.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: Pelancongan; Sistem Pakar Pakej Perlancongan; Pangkalan logik; Bahasa prosedural; Windows NT
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 27 Jul 2021 05:00
    Last Modified: 27 Jul 2021 05:00
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12214

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item