Aktiviti pertanian masyarakat luar bandar (satu kajian kes di Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan) / Nor Azina Ismail

Nor Azina , Ismail (1987) Aktiviti pertanian masyarakat luar bandar (satu kajian kes di Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan) / Nor Azina Ismail. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (22Mb) | Preview

    Abstract

    Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan telah dijadikan kampung kajian bagi penulis untuk penulisan latihan ilmiah sesi 1986/87. Tumpuan penulis terhadap kajian ini ialah tentang kegiatan ataupun aktiviti pcrtanian yang dijalankan oleh penduduk di sini. Kajian ini dirasakan perlu memandangkan hampir 80% daripada penduduk di kampung ini terlibat dengan bidang pertanian, terutamanya penanaman padi sebagai sumber utama penghidupan mereka. Latihan ilmiah ini mengandungi 6 bab. Dalam Bab I, penulis menghuraikan secara ringkas mengenai bidang dan tujuan kajian, metode kajian, masalah kajian serta kepentingan kajian tersebut. Di dalam bab ini juga dimasukan beberapa konsep penting yang digunakan dalam kajian ini, seperti konsep petani, pembangunan dan modenisasi, konflik sosial serta konsep adaptasi. Bab II menerangkan latarbelakang kawasan kajian yang merangkumi sejarah awal kampung, latarbelakang dari segi geografi politik, taburan penduduk serta pola penempatan mereka. Dalam bab ini di terangkan juga mengenai latarbelakang petani dan juga kemudahan-kemudahan asas yang terdapat di kampung ini. Bab III menghuraikan tentang latarbelakang KADA sebagai suatu agensi kerajaan yang penting dalam bidang pertanian di Kampung Bukit Abal ini. Tumpuan penulis dalam bab ini adalah lebih kepada peranan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh KADA dalam membangunkan dan memajukan lagi para petani dalam bidang pertanian mereka. Bab IV membincangkan tentang aspek-aspek ekonomi, sosial dan politik para petani, di mana dalam bidang ekonomi itu ia merangkumi masalah-masalah yang wujud semasa menjalankan aktiviti pertanian ini. Dari aspek sosial, pcnekanan lebih diberi kepada pelajaran, interaksi serta mobiliti sosial yang wujud di kalangan para petani di sini. Manakala dari aspek politik pula, ianya membicarakan tentang pengaruh parti-porti politik dalam penghidupan petani. Bab VI merupakan bab yang terakhir. Dalam bab ini diterangkan beberapa kelemahan yang terdapat dalam projek yang dilaksanakan oleh kerajaan dan juga membicarakan cara-cara untuk mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut. Dalam bab penutup ini juga, penulis mengemukakan beberapa saranan yang dirasakan perlu diberi perhatian bagi faedah bersama dan juga bagi kepentingan bidang pertanian seluruhnya.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1986/1987.
    Uncontrolled Keywords: Pertanian; Luar bandar; Ekonomi; Pertubuhan peladang; KADA
    Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    S Agriculture > S Agriculture (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 27 Jul 2021 02:40
    Last Modified: 27 Jul 2021 02:40
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12216

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item