Kemiskinan luar bandar: Satu kes kajian ke atas Kampung Pengkalan Berangan, Marang, Terengganu / Liew Yann Fong

Liew , Yann Fong (1986) Kemiskinan luar bandar: Satu kes kajian ke atas Kampung Pengkalan Berangan, Marang, Terengganu / Liew Yann Fong. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (12Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini adalah satu kajian kes mengenai kehidupan sebuah masyarakat luar bandar iaitu masyarakat petani. Tujuan kajian ini ialah untuk melihat keadaan sosial, ekonomi dan politik masyarakat petani berhubung dengan kemiskinan dan peranan Lembaga Pertubuhan Peladang serta Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam membantu meningkatkan pendapatan penduduk kampung. Masalah kajian ini, tujuan kajian serta kaedah kajian dihuraikan dalam I. Di samping itu, kesulitan yang dihadapi semasa kerja luar serta cara mengatasi kesulitan ini juga dibincangkan dalam bab itu. Dalam bab II, dihuraikan definisi kemiskinan mengikut berbagai pendapat, pengukuran kemiskinan secara mutlak dan secara relatif dan juga teori-teori kemiskinan mengikut berbagai pendapat. Bab III adalah melihat latar belakang kampung kajian dari aspek ekonomi (pekerjaan, pemilikan tanah, pendapatan, perbelanjaan, pola simpanan dan hutang); aspek sosial (kemudahan sosial, pelajaran, kesihatan dan sebagainya); aspek politik (keangotaan parti dan sebagainya). Dalam bab IV, penduduk kampung kajian diukur untuk mengetahui sama ada mereka merupakan golongan miskin atau tidak berdasarkan pada pendapatan per kapita seisi rumah dan juga melihat jenis pekerjaan yang berhubungan dengan pendapatan rendah. Dihuraikan juga kegiatan pertanian yang merupakan aktiviti utama penduduk kampung kajian, masalah yang dihadapi pada sudut pandangan hidup penduduk kampung. Di samping itu juga, membincangkan peranan JKM dalam membantu penduduk kampung. Bab V adalah suatu kesimpulan terhadap bab-bab yang lalu dan cuba membuat beberapa rumusan ke atas teori-teori yang telah dibincangkan dalam bab II serta ke atas punca-punca kemiskinan yang ditemui. Di samping itu juga, cuba memberi beberapa saranan-saranan untuk mempertingkatkan status sosio-ekonomi penduduk kampung yang miskin.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1985/1986.
    Uncontrolled Keywords: Kemiskinan luar bandar; Petani; Sosial; Ekonomi; Politik; Lembaga Pertubuhan Peladang
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 25 Jan 2022 06:46
    Last Modified: 25 Jan 2022 06:46
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12241

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item