Wan Yusof, Wan Yaacob (1978) Masaalah keciciran di rancangan kemajuan tanah sungai peria, Ulu Kelantan / Wan Yusof Wan Yaacob. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Keciciran menggambarkan satu keadaan dimana murid-murid yang sepatutnya melanjutkan pelajaran tetapi disebabkan oleh faktor-faktor tertentu terpaksa berhenti dari persekolahan. Keciciran dilihat dalam dua ciri : i. Ciri dalam pelajaran iaitu ketinggalan dalam pelajaran. ii. Cicir di sekolah adalah murid-murid yang behenti sekolah kerana tidak mahu melanjutkan pelajaran. Disini ada empat peringkat keciciran seperti yang diutarakan oleh Dr. Nordin Selat : i. Peringkat Sekolah Rendah. ii. Peringkat Peralihan ke Sekolah Menengah Rendah. iii. Peringkat Sekolah ke Sekolah Menengah Rendah dan iv. Peringkat Sekolah Menengah Atas. Dalam kajian ini saya melihat peringkat keciciran di Sekolah Rendah dan peringkat peralihan ke Sekolah Menengah Rendah khusus pada Tanah Rancangan Sungai Petia, Ulu Kelantan.
Actions (For repository staff only : Login required)