Penghijrahan ke Singapura: Pendapatan sebagai sebab dan kesannya (satu kajian kes di kg. Cherok Kelian Ulu, Pulai, Baling, Kedah) / Mohd Yusof Yahaya

Mohd Yusof, Yahaya (1984) Penghijrahan ke Singapura: Pendapatan sebagai sebab dan kesannya (satu kajian kes di kg. Cherok Kelian Ulu, Pulai, Baling, Kedah) / Mohd Yusof Yahaya. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (53Mb) | Preview

    Abstract

    Permasalahan penghijrahan merupakan suatu fenomena yang semakin serius di negara ini walaupun terdapat setengah pihak yang menganggapnya sebagai perkara yang kecil. Sebenarnya samada diakui atau tidak, permasalahan ini mempunyai pengaruh dan implikasi yang mendalam terhadap kehidupan dan sosio-ekonomi masyarakat dan negara seluruhnya. oleh yang demikian, begitu kerap dan banyak kajian telah dijalankan oleh para pengkaji baik pengkaji tempatan mahupun pengkaji luar. Berbagai-bagai syor dan cadangan telah dikemukakan supaya pertimbangan dan tindakan yang wajar perlu dilakukan oleh pdnak kerajaan. Narnun begitu, permasalahan ini terus berlaku dan sudah barang tentu kajian terhadapnya ikut terus dijalankan. Walau bagaimanapun, suatu hal yang jelas didapati, kebanyakkan kajian-kajian yang terawal lebih banyak bertumpu kepada penghijrahan di peringkat dalam negara sahaja. Justeru itu, kajian ini merupakan suatu kajian yang meninjau permasalahan penghijrahan yang berlaku di peringkat luaran. Tumpuan kajian ialah terhadap peghijrahan di kalangan penduduk Kg. Cherok Kelian ulu, Baling, Kedah ke Singapura. Seperkara penting dalam kajian ini ialah pengkaji lebih menekankan soal 'pendapatan' samada tentang sebab-sebab penghijrahan ataupun tentang kesannya. Kedua-dua cara penekanan kajian ini menampakkan semacam perbezaan dengan kajian-kajian terdahulu. oleh itu, pengkaji telah menerangkan di dalam tujuh bab untuk melengkapkan kajian ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1983/1984.
    Uncontrolled Keywords: Singapura; Penghijrahan; Kesan sosio ekonomi; Gaji; Peluang pekerjaan
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 23 Sep 2021 04:20
    Last Modified: 23 Sep 2021 04:20
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12267

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item