Kompetensi kepemimpinan pengetua sekolah berprestasi tinggi, sederhana dan rendah di Selangor / Mohd Ibrahim K. Azeez

Mohd Ibrahim , K. Azeez (2017) Kompetensi kepemimpinan pengetua sekolah berprestasi tinggi, sederhana dan rendah di Selangor / Mohd Ibrahim K. Azeez. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (179Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis PhD)
    Download (2839Kb) | Preview

      Abstract

      Kajian ini bertujuan untuk menilai kompetensi pengetua sekolah bagi melahirkan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di semua sekolah seperti mana termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Anjakan Ke-5. Pelaksanaan kajian ini berasaskan kerangka teoretikal oleh Bolman dan Deal (1991, 1997) dan Institut Aminuddin Baki (2009) yang melibatkan enam dimensi berikut: (a) Dasar & Hala Tuju; (b) Pengurusan Instruksional; (c) Pengurusan Perubahan; (d) Pembangunan Kapasiti; (e) Pengurusan Sumber dan (f) Pembangunan Kendiri. Data dikutip menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada 1,147 orang guru dalam kalangan 325 orang Guru Penolong Kanan dan 822 orang Guru Penolong di 119 buah sekolah yang melibatkan tiga kategori sekolah berprestasi tinggi, sederhana dan rendah. Selanjutnya, data kajian dianalisis menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21 bagi menganalisis data statistik deskriptif manakala Permodelan Persamaan Berstruktur (SEM, Structural Equation Modeling) berbantukan program Analysis of Moment Structure (AMOS) versi 21 untuk analisa CFA. Dapatan kajian mendapati bahawa kompetensi yang ada pada para pengetua di semua sekolah sama ada di sekolah berprestasi tinggi, sekolah berprestasi sederhana mahupun di sekolah berprestasi rendah berada pada tahap amat kompeten dengan Min>4.01. Dapatan analisis Anova Sehala pula mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara tahap amalan kompetensi pengetua dalam semua domain yang dikaji iaitu dasar dan hala tuju, pengurusan instruksional, pengurusan perubahan, pembangunan kapasiti, pengurusan sumber dan pembangunan kendiri sama ada di sekolah berprestasi tinggi, sekolah berprestasi sederhana mahupun sekolah berprestasi rendah. Manakala dapatan dari analisis regresi berganda pula mendapati bahawa domain pengurusan perubahan adalah merupakan domain kompetensi yang paling tinggi menyumbang kepada kompetensi pengetua berbanding domain kompetensi yang lain. Implikasi dapatan kajian ini adalah pembinaan Model Kepemimpinan DIR (Dimension In Reality) sebagai garis panduan dan cadangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melahirkan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di tempatkan di semua sekolah di Malaysia dan cadangan kepada pengurusan IAB untuk menambah baik Model Kepemimpinan Pemimpin Sekolah yang telah sekian lama diguna pakai.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Education, University of Malaya, 2017.
      Uncontrolled Keywords: Kepemimpinan; Sekolah Berprestasi Tinggi; Kepemimpinan DIR; Pengetua; Kompetensi
      Subjects: L Education > L Education (General)
      L Education > LC Special aspects of education
      Divisions: Faculty of Education
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 09 Jun 2021 06:46
      Last Modified: 09 Jun 2021 06:46
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12271

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item