Struktur dan proses politik adat perpatih di Rembau / Abd Hamid Hj. Samad

Abd Hamid, Hj. Samad (1976) Struktur dan proses politik adat perpatih di Rembau / Abd Hamid Hj. Samad. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (36Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini bertujuan untuk menghurai, mengenalisa dan membuat rumusan mengenai sistem politik Adat Perpatih di Rembau dengan menggunakan konsep Sociologi melalui gabungan cara-cara pendekatan struktural, prosesual dan perbandingan. Objektif utama ialah membuat perbandingan di antara zaman tradisional dengan zaman moden dalam usaha mengukur sejauh mana kemerosotan di dalam politik Adat Perpatih. Analisa ini ditumpukan kepada dua aspek iaitu struktur dan proses politik Adat Perpatih. Negeri Sembilan telah lama menjadi tumpuan para pengkaji terutamanya sarjana Antropologi kerana ia mempunyai beberapa keistimewaaan. Negeri Sembilan merupakan satu-satunya negeri di Malaysia Barat yang mengamalkan Adat Perpatih dan sistem kekeluargaan bercorak matrilineal atau nisab ibu. Sistem politiknya kompleks dan menarik. Pihak pentadbirBritish atau 'scholar administrator' seperti R.O Winsteadt, J.M.Gullick dan R.J.Wilkinson menkaji Negeri Sembilan bagi tujuan politik iaitu semata-mata untuk melicinkan lagi pemerintahannya ke atas negeri ini. Dari itu lahirlah Malay Peasant Society in jelebu (1965) oleh M.G.Swift yang menumpukan kajian kepada bidang ekonomi, R.O.Winsteadt dengan A History of Negeri Sembilan (1934) melihat segi sejarah dan ramai lagi pengkaji-pengkaji yang menulis di dalam Journal of The Straits Branch of The Royal Society.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1976.
    Uncontrolled Keywords: Sistem politik Adat Perpatih; Rembau; Sistem kekeluargaan; Nisab ibu
    Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 24 Aug 2021 02:39
    Last Modified: 24 Aug 2021 02:39
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12279

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item