Pusat Pembangunan Pekebun Kecil (PPPK): Satu kajian ke atas struktur, organisasi dan aktiviti PPPK Wakaf Bata / Tuan Md Azemin Tuan Draman

Tuan Md Azemin, Tuan Draman (1978) Pusat Pembangunan Pekebun Kecil (PPPK): Satu kajian ke atas struktur, organisasi dan aktiviti PPPK Wakaf Bata / Tuan Md Azemin Tuan Draman. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (23Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian mengenai PPPK, dengan membuat tinjauan ke atas PPPK Wakaf Bata ini telah di titik beratkan kepada beberapa perkara, iaitu mengenai Struktur, Organisasi dan Aktibiti-Aktibiti PPPK itu. Ini adalah bertujuan untuk meninjau dengan lebih dekat Lagi tentang peranan-peranan yang dimainkan oleh PPPK dan juga RISDA dalam membangunkan ekonomi dan sosial masyarakat pekebun kecil getah. Kajian ini dibahagikan kedalam beberapa bahagian. Dalam bab 1 kita membicarakan serba sedikit tentang keadaan sosio ekonomi pekebun kecil secara am. Untuk menerangkan keadaan ini, telah dibicarakan serba sedikit tentang sejarah perusahan getah di negara ini, yang seterusnya membawa kepada perusahan gerah pekebun-pekebun kecil. Dengan inilah menimbulkan pembicaraan kita ke atas sosio-ekonomi goongan ini. Secara umumnya pekebun kecil ini telah menghadapi beberapa masalah, seperti masalah tanah yang sempit, pengeluaran yang kurang, pemasaran dan juga sikap dan nilai. Dalam bahagian ini juga diterangkan tentang dasar-dasar kerajaan membangunkan masyarakat luar bandar, yang termasuklah pekebun-pekebun kecil getah. Kita dapat rumuskan dasar-dasar kerajaan adalah seperti berikut: i. Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan dengan menggunakan taknik dan cara-cara baru. ii. Menabahkan peluang yang dapat menukarkan sektor yang rendah keluaran kepada sektor yang lebih menguntungkan. iii. Mengadakan kemudahan-kemudahan sosial yang dapat meninggikan taraf hidup masyarakat luar bandar.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1977/1978.
    Uncontrolled Keywords: Pusat Pembangunan Pekebun Kecil (PPPK); Sosio ekonomi; Pekebun kecil; Masyarakat luar bandar
    Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology
    H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 24 Aug 2021 03:22
    Last Modified: 24 Aug 2021 03:22
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12280

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item