Masalah asimilasi Cina-Muslim ke dalam masyarakat dan budaya Melayu: Satu kajian kes di Sungai Way New Village, Selangor / Hassan Talib

Hassan , Talib (1977) Masalah asimilasi Cina-Muslim ke dalam masyarakat dan budaya Melayu: Satu kajian kes di Sungai Way New Village, Selangor / Hassan Talib. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (10Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini adalah satu kajian terhadap masalah “asimilasi” yang dihadapi oleh golongan Cina-Muslim ke dalam masyarakat dan budaya Melayu pada hari ini. Untuk tujuan ini, penulis telah memilih kawasan Sungai Way New Village, Selangor sebagai tempat kajian. Bab I memperlihatkan latarbelakang tempat kajian dari segi bentuk fisikal, penyebaran penduduk, pekerjaan, pendapatan, pelajaran, umur, taraf perkahwinan, pelajaran dan pentadbiran. Bab II menghuraikan beberapa teori dan konaep yang menjadi pokok perbincangan kajian ini. Bab ini dibahagikan kepada tiga bahagiam. Bahagian 'pertama merupakan penghuraian konsep assimilasi dari segi pengertiannya, ciri- ciri, jenis, jenis, faktor penghalang dan faktor pendorong proses assimilasi. Bahagian dua menjelaskan konsep Cina-Muslim dari segi pengertian, asal usul, dan sebab-sebab mereka memeluk ugama Islam. Bahagian ketiga mernbincangkan peranan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dari segi aktiviti pengislarnan atau aktiviti dakwah. Bab III membincang beberapa aspek assimilasi kebudayaan yang terdapat di tempat kajian. Aspek assimilasi kebudayaan dilihat dari segi pakaian, makanan, bahasa, kahwin campur, kematian, kenduri-kendara dan ugama. Bab IV membincang faktor-faktor yang menjadi halangan kepada proses asimilasi di tempat kajian. Masalah asimilasi ditinjau dari segi sikap mengasingkan diri oleh golongan pendatang dari masyarakat tempatan; sikap masyarakat tempatan terhadap golongan pendatang; perbezaan etnik dan warna kulit; identiti Melayu dengan ugama Islam; dan soal hak istimewa orang-orang Melayu. Bab V merupakan kesimpulan kepada perbincangan-perbincangan yang terdapat dalam bab-bab sebelumnya. Beberapa cadangan akan dikemukakan untuk merapatkan jurang tali persaudaraan antara orang Cina-Muslim dengan orang Melayu.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1976/1977.
    Uncontrolled Keywords: Assimilasi; Cina-Muslim; Dakwah; Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM); Golongan pendatang;
    Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 14 Jul 2021 04:20
    Last Modified: 14 Jul 2021 04:20
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12284

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item