Aliudin, Haji Yaacob (1979) Pondan lacur di Kuantan: Satu tinjauan gaya hidup / Aliudin Haji Yaacob. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Gejala Homoseks adalah satu finomina sosial yang ujud di sepanjang zaman. Finomina ini dapat di kesan sejak zaman purbakala lagi. Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa tingkah laku homoseksuil (homesexual behaviour) bukanlah satu perkara yang baru. Umpamanya Dr. Frank S. Caprio mengatakan, 'Sodomy (usually refers to anal intercourse betwen two males) originated from the town called Sodom where the inhibitants during the Biblical Times has been directed to god's anger. They expressed themselves sexually with the angels from heaven. As such the town was finally destroyed.' Petikan mengenai Sodomy ini di percayai adalah satu penerangan yang paling awal mengenai aktiviti homoseksuil dalam sejarah manusia. Kesah ini di percayai berlaku dalam zaman kehidupan Nabi Lot. Cerita inimenerangkan bahawa orang laki-laki yang terlibat itu telah dipikat oleh dua orang yang tidak di kenali. Mereka itu sebenarnya berlagak sebagai pengembara, tetapi mereka bukan pengembara. Mereka sebenarnya adalah dua orang bidadari, wakil tuhan, yang menyamar memakai pakaian biasa. Orang laki-laki itu tadi telah membuat hubungan dengan bidadari-bidadari itu.
Actions (For repository staff only : Login required)