Kemiskinan kaum tani (satu kajian kes di Kampung Paya Lintah), Padang Rengas, Perak / Faizah Yunus

Faizah , Yunus (1984) Kemiskinan kaum tani (satu kajian kes di Kampung Paya Lintah), Padang Rengas, Perak / Faizah Yunus. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (13Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian yang dilakukan oleh pengkaji adalah mengenai kemiskinan masyarakat luar bandar, khususnya masyarakat tani. Perbincangan ke atas masalah ini adalah berhubung dengan penjelasan-penjelasan mengenai punca-punca wujudanya kemiskinan, usaha-usaha bagi rnengatasinya dan cadangan-cadangan untuk membangunkan masyarakat tersebut dari segi ekonomi. Bab I, membicarakan mengenai tujuan dan bidang kajian, kaedah-kaedah yang digunakan dalam membuat kajian luar, masalah-masalah yang dihadapi dan melihat fenomena kemiskinan di peringkat antarabangsa. Bab II, menyentuh pengertian kemiskinan, bagaimana pengukurannya dibuat dan melihat beberapa teori berkaitan dengan kemiskinan. Juga dilihat fenomena kemiskinan di Malaysia. Bab III, memerihalkan latarbelakang responden. Antara yang disentuh ialah pola pemilikan tanah, kegunaan-kegunaan tanah, pemasaran, pinjaman, simpanan, perbelanjaan, taraf pelajaran dan pemilikan-pemilikan lain seperti ternakan dan kereta. Bab IV, menerangkan kegiatan-kegiatan petani dalam penanaman padi dan menoreh getah. Berhubung dengan kegiatan ini terutama dalam penanaman padi dibicarakan masalah-masalah yang dihadapi oleh petani dan kaitannya dengan kemiskinan. Antara masalah yang dihadapi ialah sistem pemasaran dan kredit yang kurang memuaskan, kos perbelanjaan yang tinggi dan masalah tanah terbiar. Bab V, membicarakan beberapa usaha kerajaan untuk meninggikan daya pengeluaran dan pendapatan petani bagi membangunkan sektor pertanian dan seterusnya mengurangkan kemiskinan di sektor luar bandar. Bab VI , merupakan rumusan dan kesimpulan dari kajian yang telah dilakukan. Bab ini menolak beberapa teori yang digunakan bagi melihat fenomena kemiskinan. Antaranya ialah Budaya Kemiskinan dan dakwaan bahawa masyarakat Melayu mempunyai nilai dan sikap tertentu yang menyebabkan mereka mundur.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1983/1984.
    Uncontrolled Keywords: Masyarakat tani; Kemiskinan; Ekonomi; Menoreh getah; Sektor perladangan
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 23 Sep 2021 03:18
    Last Modified: 23 Sep 2021 03:18
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12311

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item