Gani Abdullah , Che Amat (1980) Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), satu analisa ringkas tentang organisasi dan ideologi pergerakkanya / Gani Abdullah Che Amat. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree ) Download (18Mb) | Preview |
Abstract
Kajian ilmiah ini adalah bertajuk "Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM): Satu Analisa Hingkas Tentang Organisasi dan Ideologi Pergerakannya". Melihat kepada tajuk kajian ini, maka tentunya tulisan ini tidak akan berupa satu penceritaan yang mendatar tentang apa yang telah dijalankan oleh PKPIM. Tetapi lebih daripada penceritaan itu adalah penyusupan di sana sini dengan pandangan penulis, dalam bentuk analisa terhadap bidang-bidang yang sempat disentuh, yang mana ukurannya jelas berorintasikan keislaman. Dalam Bab Pertama, tumpuan adalah diberikan kepada sejarah penubuhan PKPIM dan tahap-tahap yang telah dilalui oleh PKPIM sejak dari penubuhannya hinggalah sekarang ini. Dalam Bab Kedua, analisa tentang bentuk organisasi FKPIM secara umum dan perubahan perlembagaan organisasi pertubuhan ini , sebagai penyesuaian kepada perubahan masa dan medan kefahaman yang telah berlaku di kalangan para pimpinan PKPIM. Dalam bab ini disentuh juga bagaimana Islam itu merupakan satu faktor kekuatan organisasi PKPIM dan hal ini diperkukuhlan lagi dengan adanya latihan kepi mpinan yang dianjurkan dengan tujuan mengwujudkan kesedaran berorganisasi dan mengujudkan kesatuan pemikiran di kalangan ahli gerakan. Dalam Bab Ketiga, penceritaan adalah ditumpukan kepada ideologi pergerakan PKPIM. Dalam bab ini ditunjukkan bagaimana program. PKPIM itu sebenarnya adalah merupukan landasan atau saluran bagi PKPIM menyampaikan perutusannya (iaitu Isam) kepada pelajar-pelajar dan masyarakat bukan pelajar, yang dil akukan samada secara langsung atau tidak secara langsung. Ini adalah sesuai dengan sifat PKPIM itu sendiri yang tidak hanya berupa satu persatuan berbentuk kebajikan atau "pressure group" semat a-mata tetapi adalah merupakan satu “movement” yang mempunyai perencanaan yang teliti tentang matlamat yang ingin dicapainya. Sebagai penutup kepada tulisan ini, disentuh sedikit tentang bagaimana Akta telah melemahkan pergerakan PKPIM baik secara langsung atau tidak langsung. Dan di dalam suasana tekanan Akta begini PKPIM telah cuba mencari jalan penyelesaiannya sehingga ia telah berjaya di dalam beberapa bidang yang tertentu. Di samping itu kemerosotan PKPIM itu adalah juga disebabkan oleh kerenah organisasi dan pimpinan PKPIM itu sendiri yang mana dapat dibuktikan dengan satu contoh yang dicatitkan di dalam bab penutup ini.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1979/1980. |
Uncontrolled Keywords: | PKPIM; Ideologi Organisasi; Kebajikan ahli; Politik |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 11 Jun 2021 09:09 |
Last Modified: | 11 Jun 2021 09:09 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12328 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |