Hubungan di antara faktor keagamaan dengan pengambilan makanan halal dalam kalangan gelandangan di Kuala Lumpur / Muhammad Ammar Harith Idris

Muhammad Ammar Harith, Idris (2020) Hubungan di antara faktor keagamaan dengan pengambilan makanan halal dalam kalangan gelandangan di Kuala Lumpur / Muhammad Ammar Harith Idris. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (1616Kb) | Preview

    Abstract

    Golongan gelandangan merupakan satu kelompok komuniti marginal yang terdapat di bandar-bandar besar, misalnya di Kuala Lumpur. Kewujudan golongan ini adalah disebabkan pelbagai faktor penarik dan penolak, antaranya adalah kemiskinan bandar, konflik keluarga, gangguan mental, kelemahan peribadi, penyalahgunaan dadah dan gejala sosial. Bertitik tolak daripada pelbagai faktor tersebut, mereka mengambil keputusan untuk tinggal di jalanan tanpa punya komitmen diri, tempat tinggal yang tetap dan sesuai serta sumber makanan yang mencukupi lagi halalan tayyiban. Bagi mengatasi permasalahan ini, pelbagai bentuk bantuan telah diberikan kepada gelandangan sama ada oleh agensi kerajaan ataupun pertubuhan bukan kerajaan, misalnya penyediaan penginapan transit, bantuan makanan, rawatan kesihatan secara percuma dan sebagainya. Namun begitu, bantuan makanan yang bersifat terbuka ini menimbulkan isu berkaitan pengambilan makanan halal bagi gelandangan yang beragama Islam sama ada pada waktu makan tengahari ataupun malam. Selain itu, pelbagai latar belakang pihak-pihak yang menghulurkan bantuan makanan dilihat wujudnya unsur ketidakjelasan terhadap aspek halalan tayyiban pada sumber makanan tersebut. Tambahan pula, situasi gelandangan yang bergantung kepada bantuan menyebabkan mereka menerima segala jenis makanan yang diagihkan walaupun tidak jelas status halalan tayyiban. Sehubungan itu, kajian ini menfokuskan terhadap hubungan antara tahap religiositi (ibadah maḥḍah-solat dan puasa) golongan gelandangan dengan bentuk pengambilan makanan harian mereka. Bagi mencapai objektif tersebut, pengkaji mengaplikasikan pendekatan perpustakaan yang berasaskan metode dokumentasi dan lapangan yang berasaskan metode temubual. Data kualitatif yang dikumpulkan dianalisis kandungannya secara tematik dan deskriptif. Hasil kajian mendapati bentuk pengambilan makanan antara gelandangan berbeza antara satu sama lain. Secara umumnya, bagi gelandangan yang yang mempunyai tahap religiositi yang tinggi, mereka lebih berhati-hati ketika mengambil bantuan makanan, sebaliknya bagi yang tidak mengamalkan ibadat solat dan puasa (wajib) dengan sempurna, mereka akan mengambil makanan tanpa pertimbangan aspek halalan tayyiban.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2020.
    Uncontrolled Keywords: Masalah sosial; Syubhat; Bantuan makanan; Kelompok marginal; Golongan gelandangan
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 04 Oct 2021 08:21
    Last Modified: 10 Jan 2023 07:20
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12342

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item