Pengangkutan awam: Kajian kes kumpulan pemandu teksi di Daerah Krian, Perak / Jamaludin Ismail

Jamaludin , Ismail (1991) Pengangkutan awam: Kajian kes kumpulan pemandu teksi di Daerah Krian, Perak / Jamaludin Ismail. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (10Mb) | Preview

    Abstract

    Dalam latihan ilmiah ini, pengkaji ingin melihat profesion pemandu teksi yang merupakan profesion yang tersendiri dan segala yang berkaitan dengan profesion ini. Ini merangkumi laatarbelakang mereka yang terlibat dalam profesion ini, sejarah perkhidmatan, masalah-masalah mereka dan sebagainya. Oleh kerana ia melibatkan pelbagai pihak di dalam masyarakat, maka atas kesedaran itulah pengkaji merasakan perlunya dikaji bidang ini. Pengkaji membahagikan latiha ilmiah ini kepada tujuh bab. Dalam bab I pengkaji memperihalkan tentang tujuan kajian ini, iaitu persoalan yang cuba diutarakan oleh pengkaji. Juga dimasukkan dalam bab ini ialah bidang kajian, kepentinean kajian, kaedah-kaedah yang digunakan di dalam kajian ini dan masalah-masalah yang dihadapi ketika melakukan kajian ini. Bab ini juga mengandungi analisis mengenai kajian-kajian lepas yang bersangkutan dengan kajian ini. Dalam bab II, pengkaji cuba menerangkan mengenai konsep pengangutan awam secara keseluruhannya kemudian definisi teksi itu sendiri, juga latarbelakang perkhidmatan teksi secara am dan jenis-jenis teksi yang terdapat di negara ini. Dalam bab III, pengkaji lebih menumpukan kepada skop kajian, iaitu latarbelakang perkhidmatan teksi di Daerah Krian kemudian latarbelakang pemandu-pemandu teksi di Daerah krian yang merangkumi bangsa, umur, tempat asal, pendapatan, pekerjaan lain, jumlah masa yang diperuntukan untuk melakukan pekerjaan ini. Begitu juga dengan tanggungan yang ada pada pemandu-pemandu dan perbelanjaan dalam sebulan. Selain itu, ditinjau pekerjaan yang dilakukan sebelum menjadi pemandu teksi, sebab-sebab memilih menjadi pemandu teksi dan tempoh menjadi pemandu teksi. Dalam bab ini juga dilihat mengenai pemilikan sama ada teksi ataupun permit serta kadar sewa yang dikenakan. Akhirnya di dalam bab ini diutarakan mengenai harapan pemandu-pemandu di masa akan datang. Di dalam bab IV, pengkaji cuba melihat organisasi yang wujud hasil daripada perkhidmatan ini, iaitu mengenai koperasi dan persatuan pemandu teksi. Ini merangkumi sejarah penubuhan, syarat-syarat penubuhan struktur organisasi, matlamat penubuhan, peraturan-peraturan keahlian dan mesyuarat dan sumber kewangan. Selain itu, dilihat juga sejauhmanakah penglibatan pemandu di dalam organisasi, prestasi organisasi dan aktiviti-aktiviti organisasi. Di dalam bab V, kajian ditumpukan kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh para pemandu teksi di Daerah Krian. Ianya dilihat dengan wujudnya persaingan dengan bas-bas ekspress, bas berhenti-henti dan teksi sapu. Selain itu, dilihat juga tindakan-tindakan yang diambil oleh pemandu-pemandu di dalam menghadapi masalah ini dan tindakan pihak berkuasa. Tindakan pihak berkuasa juga merupakan masalah kepada pemandu-pemandu teksi seperti saman, sukar mendapat kelulusan dan masalah-masalah berkaitan dengan kemalangan, masalah jalanraya yang buruk, masalah mencuri penumpang di kalangan pemandu teksi luar dan masalah penumpang. Dalam bab VI pengkaji menumpukan kepada sikap pemandu di dalam menjalankan perkhidmatan ini . Ianya dilihat juga dalam bidang penjagaan kenderaan, sikap pemandu ketika di jalanraya, pakaian, tuturkata pemandu dan hubungan antara pemandu dengan pemandu yang merangkumi pelbagai bangsa. Dalam bab VII, iaitu penutup, pengkaji membuat rumusan atau kesimpulan bagi keseluruhan di atas yang kesemuanya pelbagai kemungkinan dan akibat yang mungkin terselindung. Bagi tujuan itu perbandingan dan penggunaaan soal selidik penumpang akan digunakan sebagai ' control group '. Selain itu pengkaji juga mengemukakan cadangan-cadangan yang dirasakan perlu bagi segala hal yang bersangkuatan dengan bidng ini. Ia melibatkan perkhidmatan yang ditawarkan dan juga organisasi yang tordaput di dalam perkhidmatan ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1990/1991.
    Uncontrolled Keywords: Pengangkutan awam; Teksi; Persaingan; Bas; Daerah Krian
    Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 28 May 2021 04:05
    Last Modified: 28 May 2021 04:05
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12349

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item