Pengalaman masa lalu: Kesan terhadap proses pemulihan (Kajian kes Taman Seri Puteri, Rembau, Negeri Sembilan) / Ghazali Othman

Ghazali , Othman (1987) Pengalaman masa lalu: Kesan terhadap proses pemulihan (Kajian kes Taman Seri Puteri, Rembau, Negeri Sembilan) / Ghazali Othman. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (12Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini merupakan satu penelitian ke atas keberkesanan proses pemulihan dengan membuat penekanan kepada pengaruh pengalaman masa lalu. Kajian ini dijalankan di Taman Seri Puteri, Rembau, Negeri Sembilan. Dalam bab I, menyentuh tentang tujuan dan bidang kajian, kepentingan kajian, kaedah penyelidikan, sample, responden pengkaji dan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengkaji semasa membuat kajian. Bab II memperkatakan mengenai dan konsep yang digunakan untuk kajian ini. Ia meliputi teori-teori sosiologi dan psikologi, model-model pembetulan, konsep pengalaman masa lalu dan pemulihan serta program pemulihan dan rawatan yang disediakan oleh pusat ini. Bab III perbincangan pengkaji berkisar tentang kedudukan latarbelakang pusat dan pengalaman penghuni pada masa lalu. Pengalaman tersebut dilihat dari aspek keluarga, kedudukan ekonomi keluarga, persekitaran tempat tinggal, pengaruh rakan sebaya dan pekerjaan diikuti. Kemudian oleh pengalaman semasa diperingkat undang-undang. Dalam bab ini, pengkaji mendedahkan segala bentuk ciri-ciri yang boleh menimbulkan sesuatu pengalaman yang negatif bagi penghuni. Bab IV berkisar kepada pengalaman penghuni pusat ini ketika menempuh proses pemulihan. Implikasi-implikasi yang kemungkinan lahir daripada corak jalinan hubungan di antara penghuni dengan kakitangan, penama dengan penama dan kepatuhan penama kepada peraturan serta program pemulihan. Bab V pula merupakan rumusan kepada segala perbincangan, kedudukan penama kesan dari proses pemulihan, kelemahan-kelemahan institusi terutama di dalam membentuk pengalaman baru yang positif dan langkah-langkah yang perlu di ambil bagi menutup kekurangan tersebut.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1986/1987.
    Uncontrolled Keywords: Pengalaman; Proses pemulihan; Sosiologi; Psikologi; Peraturan
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
    H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 14 Jul 2021 03:45
    Last Modified: 14 Jul 2021 03:45
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12374

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item