Sistem maklumat resepi masakan Malaysia berasaskan web / Nur Sazalina Mohamad Yazid

Nur Sazalina , Mohamad Yazid (2004) Sistem maklumat resepi masakan Malaysia berasaskan web / Nur Sazalina Mohamad Yazid. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (10Mb) | Preview

    Abstract

    Pengunaan sistem maklumat berasaskan web semakin menjadi pilihan di kalangan masyarakat Malaysia amnya dan muda-mudi khususnya. Namun dapat dilihat dengan jelas bahawa ianya amat terhad untuk resipi masakan yang berunsurkan Malaysia. Ianya biasanya di dominasi oleh masakan Barat. Jika ada sekalipun, amatlah terhad kefungsiannnya. Sistem Maklumat Resipi Masakan Malaysia Berasaskan Web cuba mengetengahkan masakan bercirikan Malaysia di merata dunia. Tambahan dari itu, sistem ini juga bertujuan menyahut seruan kerajaan yang mahukan kempen ‘Satu Rumah, Satu Komputer’ tercapai. Golongan sasaran bagi sistem ini adalah para remaja yang sering menggunakan komputer dan golongan suri rumah tangga. Suri rumahtangga perlu didedahkan dengan penggunaan internet supaya ianya menjadi menjadi sesuatu yang bermakna dalam memenuhi masa lapang mereka. Celik komputer juga sering dikaitkan dengan pembangunan sesebuah masyarakat. Adalah menjadi harapan agar sistem ini akan dapat menjadi rujukan dalam mencari resipi masakan yang utama dan menggantikan kaedah konvensial yang selama ini digunapakai oleh kebanyakan orang. Capaian melalui internet adalah menjimatkan masa dan kos. Inilah tunjang kepada sistem yang berasaskan web. Selain itu, resipi yang didapati melalui buku perlu disalin semula berbanding dengan capaian melalui internet yang membenarkan pengguna untuk cetak resipi.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2003/2004.
    Uncontrolled Keywords: Internet; Sistem Maklumat Resipi Masakan Malaysia; Suri rumahtangga; Model Air Terjun; MySQL
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 24 Aug 2021 02:02
    Last Modified: 24 Aug 2021 02:02
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12384

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item