Kajian mengenai 'relative deprivation' dan 'politicized discontent' ke atas pekerja-pekerja Lembaga Pelabuhan Kelang / Abdullah Naib

Abdullah, Naib (1977) Kajian mengenai 'relative deprivation' dan 'politicized discontent' ke atas pekerja-pekerja Lembaga Pelabuhan Kelang / Abdullah Naib. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (48Mb) | Preview

    Abstract

    Dengan berpandukan konsep 'Relative Deprivation' yang di kemukakan oleh Ted Gurr, penulis akan melakukan satu kajian mengenai 'Relative Deprivation' di kalangan pekerja-pekerja Lembaga Pelabuhan Kelang. 'Relative Deprivation' atau ringkasannya R.D. akan di alami oleh seseorang atau sesuatu kumpulan apabila mereka tidak dapat mencapai matlamat mereka sedangkan ada orang-orang lain atau kumpulan lain yang dapat mencapainya. Usaha utama kajian ini adalah untuk mencari apakah punca-punca yang boleh menyebabkan 'Relative Deprivation'. Apabila seseorang atau kumpulan mengalami R.D. dan mereka menghalakan rasa tidak puas hati mereka ini kepada pemerintah atau 'regime' maka 'politicized discontent' pula akan timbul. Penulis akan menyelidik sama ada R.D. yang dialami oleh pekerja-pekerja Lembaga Pelabuhan Kelang ini akan bertukar menjadi 'Politikcised disoontent'. Sama ada perkara itu akan berlaku atau tidak penulis akan memberikan alasan-alasannya. Mengikut Gurr akan dijalankan untuk menentukab sama ada responden mengalami R.D. dalam beberapa aspek tertentu iaitu aspek pendapatan, pelajaran anak-anak, penyertaan dalam poltik tempatan dan penyertaan dalam politik nasional. Mula-mula sekali penulis terpaksa mengetahui 'value expectations' dan 'value capabilities' reponden dalam aspek-aspek tersebut. Sebagai misalan dalam aspek pendapatan, 'value capabilities' responden adalah pendapatan yang mereka dapati pada masa sekarang sementara 'value expectations' responden adalah jangkaan responden mengenai pendapatan yang sepatutnya diterima. Dengan menggunakan pengiraan 'ratio' yang berdasarkan 'value expectations' dan 'value capabilities' barulah penulis dapat mengetahui sama ada responden mengalami R.D. atau tidak mengalami R.D. dalam aspek berkenaan. Penulis akan mengutarakan pula sebab-sebab mengapa responden mengalami R.D. yang rendah atau tinggi dalam sesuatu aspek berdasarkan penyelidikan yang dijalankan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1976/1977.
    Uncontrolled Keywords: Relative Deprivation; Pekerja Lembaga Pelabuhan Kelang; Value expectations
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 24 Aug 2021 01:19
    Last Modified: 24 Aug 2021 01:19
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12387

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item