Sistem koleksi latihan ilmiah Perpustakaan FSKTM (SKLI) / Norazlena Al-Saplee

Norazlena , Al-Saplee (2003) Sistem koleksi latihan ilmiah Perpustakaan FSKTM (SKLI) / Norazlena Al-Saplee. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (10Mb) | Preview

    Abstract

    WXET 3181 merupakan projek tahun akhir yang melibatkan penerbitan tesis. Tujuan utama untuk menerbitkan tesis ini adalah untuk mengaplikasikan teknik yang telah di pelajari semasa pelajar menghadiri kuliah mereka. Hasik terakhir tesis ini ialah untuk menghasilkan satu perisian yang lengkap. Sebenarnya untuk menghasilkan satu perisian, satu proses pembangunan perlu di ikuti dengan lengkap. Di sini, aplikasi bagi fasa-fasa pembangunan akan digunakan seperti analisis, rekabentuk dan implementasi. Pada bahagian pertama bagi tesis WXET 3181, pembangunan sistem bermula dan diteruskan sehinggalah ke fasa rekabentuk sistem. WXET 3182 akan meneruskan proses pembangunan sehinggalah produk yang lengkap terhasil. Fasa pembangunan perisian seperti keperluan, analisis dan spesifikasi diteruskan semasa menulis laporan ini. Sistem Koleksi Laporan Latihan Ilmiah Perpnstakaan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat merupakan satu sistem yang dibangunkan khusus untuk kakitangan perpustakan iaitu pustakawan bagi perpustakan FSKTM. Tujuan utama sistem ini dibangunkan adalah untuk membangunkan satu sistem pangkalan data bersepadu dimana semua maklumat mengenai laporan latihan ilmiah pelajar dimasukknn ke dalam sistem tersebut serta memudahkan lagi capaian maklumat yang diperlukan oleh pengguna sistem. Sistem ini menyimpan dan memaparkan maklumat mengenai butiran penting berkenaan laporan latihan ilmiah pelajar seperti nama pengarang, tajuk, subjek tahun penerbitan dan juga lokasi bahan. Sistem ini akan memudahkan lagi sistem penghantaran dan penyimpanan rekod laporan latihan ilmiah pelajar yang akan dihantar dan yang sedia ada di perpustakaan FSKTM. Selaian daripada itu, sistem ini juga menyimpan semua maklumat ahli-ahli sistem yang berdaftar iaitu kakitangan perpustakaan dimana semua ahli yang berdaftar mempunyai pengenalan pengguna dan katalaluan yang tersendiri. Mereka juga boleh menukar katalaluan untuk menguatkan lagi sistem keselamatan data di dalam sistem ini. Ini membolehkan mereka untuk melakukan kerja penyelenggaraan rekod pada sistem tersebut. Seterusnya proses pembangunan ini di bangunkan dengan menggunakan Model Air Terjun dan perisian yang digunakan ialah Windows 98, Microsoft Access 2000 sebagai pengurus pangkalan data dan Visual Basic Script 6.0 sebagai bahasa pengaturcaraan yang dipilih. Maklumat pembangunan sistem pula dikumpul melalui bahan cetak elektronik, temubual dan pemerhatian. Sistem laporan latihan ilmiah ini juga mempunyai ciri-ciri ketepatan, kebolehpercayaan dan konsisten.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: Perpustakaan FSKTM; Microsoft Access 2000; Visual Basic Script 6.0; Latihan ilmiah; Bahan cetak elektronik
    Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z719 Libraries (General)
    Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources > ZA4050 Electronic information resources
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 09 Aug 2021 10:53
    Last Modified: 09 Aug 2021 10:53
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12388

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item