Sariah @ Seriah, Arshad (1974) Rancangan Kemajuan Tanah Ijok (satu kajian mengenai sosio-ekonomi) / Sariah @ Seriah Arshad. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Kajian ini dijalankan di kawasan rancangan kemajuan tanah Ijok, Perak, iaitu termasuk di dalam jajahan larut matang dan selama. Rancangan ini yang mempunyai keluasan berjumlah 5,615 ekar dibuka dalam tahun 1960, ditanam dengan pokok-pokok getah. Oleh kerana kawasan tanah rancangan ini adalah sebuah kawasan yang dikelolakan oleh kerajaan di bawah lembaga kemajuan tanah persekutuan (LKTP), maka didapati sebahagian besar daripada penduduknya adalah terdiri daripada meraka yang sebelumnya tidak mempunyai tanah atau mempunyai tanah terlalu kecil. Keadaan kehidupan di kawasan tanah rancangan ini adalah berbeza dengan keadaan kehidupan di kampung asal. Kajian yang dijalankan ini walaupun bukan satu 'total community study' kerana lebih menitik-beratkan kepada organisasi ekonomi tetapi akan dibincangkan juga mengenai organisasi sosial dan membandingkannya dengan keadaan kehidupan di kampung asal. Oleh sebab peserta-peserta yang tinggal di kawasan ini adalah terdiri daripada mereka-mereka yang datang dari tempat yang berlainan. maka kajian ini akan menyentuh juga tentang hubungan sosial yang ujud bukan berasaskan tali kekeluargaan.
Actions (For repository staff only : Login required)