'Atikah , Abdul Azam (2019) Amalan penjagaan kesihatan Melayu luar bandar: Kajian di Daerah Lipis, Pahang / 'Atikah Abdul Azam. PhD thesis, Universiti Malaya.
PDF (The Candidate's Agreement) Restricted to Repository staff only Download (221Kb) | ||
| PDF (Thesis PhD) Download (2652Kb) | Preview |
Abstract
Kajian ini mengenai amalan penjagaan kesihatan masyarakat Melayu yang dilihat dari dua perspektif iaitu untuk memahami pengubatan cara tradisional dan penerimaan masyarakat dengan kaedah tradisional ini. Berdasarkan dua perspektif ini telah menghuraikan tiga objektif iaitu untuk mengenal pasti amalan penjagaan kesihatan tradisional melalui teks Melayu lama. Kedua, menganalisis penerimaan dan penilaian masyarakat di mukim terpilih terhadap amalan penjagaan kesihatan cara tradisional. Ketiga, untuk menilai dan membandingkan perspektif masyarakat terhadap pengamalan tradisi dalam ruang masyarakat tradisi dan ruang masyarakat kini. Metodologi kajian menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif ini menjalankan kajian secara kepustakaan, temu bual, pemerhatian dan perbincangan. Manakala kuantitatif, menjalankan kajian secara servei di Mukim Kechau, Tanjung Besar, Cheka dan Budu dengan seramai 160 orang responden. Kajian ini telah menggunakan dua struktur model iaitu folks dan adaptasi perlakuan. Model-model ini digunakan untuk melihat penjagaan kesihatan masyarakat tradisi melalui kitab dan masyarakat hari ini berdasarkan penerimaan amalan tradisi. Hasil dapatan dari kajian kitab telah menghuraikan, penjagaan kesihatan masyarakat ketika itu telah menggunakan kaedah dan rawatan secara nyata seperti azimat, jampi, sumber herba dan sumber fauna. Kedua, kaedah dan rawatan secara tidak nyata seperti ramalan, firasat, penggunaan nama dan unsur mimpi. Bagi hasil dapatan dari penilaian masyarakat hari ini, mendapati kaedah azimat diketepikan manakala rawatannya masih dikekalkan. Berbeza dengan kaedah jampi, sumber herba dan sumber fauna ini masih dikekalkan manakala rawatannya telah diketepikan. Penemuan ini dapat dijelaskan berikutan berlakunya penerimaan unsur-unsur teknologi terhadap sumber dan bahan, organisasi masyarakat telah dikawal oleh sistem Pendidikan dan ekonomi serta ideologi masyarakat yang terbatas dengan ilmu agama, bersifat saintifik dan logik.
Item Type: | Thesis (PhD) |
---|---|
Additional Information: | Thesis (PhD) – Academy of Malay Studies, Universiti Malaya, 2019. |
Uncontrolled Keywords: | Penjagaan kesihatan; Masyarakat Melayu; Pengubatan cara tradisional; Jampi; Herba; Rawatan alternatif |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races |
Divisions: | Academy of Malay Studies |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 09 Aug 2021 10:47 |
Last Modified: | 13 Jan 2022 03:03 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12392 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |