Profail wanita dalam kemiskinan: Kajian kes komuniti setinggan Melayu Kg. Hj. Abdullah Hukum, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur / Norazme Yasin

Norazme , Yasin (1987) Profail wanita dalam kemiskinan: Kajian kes komuniti setinggan Melayu Kg. Hj. Abdullah Hukum, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur / Norazme Yasin. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (14Mb) | Preview

    Abstract

    Latihan ilmiah ini merupakan kajian kes mengenai profail kaum wanita miskin di bandar dengan tumpuan khusus kepada setinggan Melayu Kg. Hj. Abdullah Hukum, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Penulisan yang merangkumi lima bab ini memberi penekanan kepada beberapa aspek mengenai kaum wanita khususnya peranan yang dimainkan oleh mereka dalam rumahtangga, bidang ekonomi, sosial dan politik dan seterusnya mengaitkan peranan dan kedudukan kaum wanita ini dengan rangka konsep yang dikemukakan. Bab I dimulakan dengan penghuraian tentang tujuan dan kepentingan kajian, skop kajian, metode-metode yang digunakan serta kesulitan yang dihadapi semasa kajian luar dijalankan. Seterusnya pengkaji menghuraikan mengenai konsep yang digunakan iaitu konsep status dan peranan, konsep peranan wanita dan konsep kemiskinan. Bab ini juga menerangkan mengenai latarbelakang tempat kajian iaitu dilihat dari aspek sejarah penubuhan kampung, struktur kepimpinan, demografi dan pekerjaan serta kemudahan-kemudahan asas yang terdapat di kampung tersebut. Dalam bab II, pengkaji memberi huraian tentang peranan wanita dalam rumahtangga dengan membincangkan mengenai peranan mereka sebagai isteri dan ibu. Penglibatan wanita dalam bidang ekonomi, sosial dan politik dibincangkan dalamBab III dan IV. Bab III merupakan perbincangan mengenai penglibatan wanita dalam bidang ekonomi. Dua aspek ekonomi yang disentuh ialah ekonomi formal dan informal serta berbagai aspek yang berkaitan seperti faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan dan struktur pekerjaan responden, tingkat pendapatan, tabungan dan pinjaman, pola perbelanjaan, pemilihan harta benda serta institusi kredit tidak formal. Bab IV merupakan huraian mengenai penyertaan wanita dalam kegiatan sosial dan politik dengan penumpuan kepada persatuan-persatuan dan kegiatan-kegiatan yang disertai dan juga hubungan wanita dengan jiran tetangga serta media massa. Bab V merupakan bab kesimpulan dengan melihat kepada kedudukan kaum wanita di sini dan seterusnya mengaitkannya dengan konsep yang dikemukakan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1986/1987.
    Uncontrolled Keywords: Wanita; Setinggan; Melayu; Perbelanjaan; Ekonomi
    Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
    H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 09 Aug 2021 10:42
    Last Modified: 09 Aug 2021 10:42
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12393

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item