Rusmah, Ibrahim (1975) Pandangan masyarakat Melayu Sungai Way mengenai perubatan tradisional dan perubatan moden / Rusmah Ibrahim. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui pandangan atau pendapat masyarakat melayu sungai way selangor mengenai perubatan tradisional dan perubatan moden. Masyarakat melayu sungai way dianggapkan oleh pengkaji sebagai masyarakat melayu bandar. Jadi inibersesuaian dengan tujuan pengkaji untuk meninjau bagaimana pandangan masyarakat melayu yang tinggal dibandar terhadap perubatan. Perubatan tradisional adalah berbeza dari perubatan moden. Perubatan tradisional yang terdapat dalam kehidupan orang melayu sejak zaman dahulu lagi merupakan sistem perubatan yang berasaskan kepada magis manakala sistem perubatan moden berasaskan pada pengetahuan sains sesuai dengan nilai dan pengetahuan moden. Tradisional dalam konteks perubatan tradisional mempunyai makna yang lebih luas, iaitu berupa sesuatu yang lama yang wujud selari dengan kepercayaan orang melayu sebelum berlakunya pertembungan dengan aivilisasi barat. Perubatan tradisional adalah bentuk dan corak perubatan sebelum adanya pengaruh hospital atau perubatan moden.
Actions (For repository staff only : Login required)