Tari Piring sebagai reinvensi tradisi dan ikon budaya Minangkabau di Sumatera Barat, Indonesia / Ernida Kadir

Ernida , Kadir (2018) Tari Piring sebagai reinvensi tradisi dan ikon budaya Minangkabau di Sumatera Barat, Indonesia / Ernida Kadir. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (217Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis PhD)
    Download (3731Kb) | Preview

      Abstract

      Kajian ini adalah mengenai penciptaan tari piring sebagai reinvensi tradisi dan ikon budaya Minangkabau di Sumatera Barat. Berdasarkan tradisi, tari piring merupakan reinvensi daripada pamenan (permainan) masyarakat tradisional Minangkabau iaitu bamain piriang (bermain piring). Bamain piriang merupakan satu bentuk pamenan (permainan) kaum lelaki Minangkabau di sasaran. Sasaran merupakan suatu kawasan lapang yang digunakan untuk berlatih pancak (pencak). Pancak adalah aktiviti fizikal untuk mendapatkan kecekapan pergerakan dan kelajuan tindakbalas yang bertujuan untuk mempertahankan diri. Sepertimana bamain piriang wujud dalam masyarakat pancak, maka secara tidak langsung pergerakan bamain piriang dipengaruhi oleh pergerakan pancak. Sejak tahun 1950-an bamain piriang dicipta semula menjadi sebuah pementasan pentas yang dipanggil sebagai tari piring. Bamain piriang telah menjalani proses reinvensi dari segi struktur dan gaya. Ini disebabkan oleh kemunculan koreografer-koreografer baru yang majoritinya adalah wanita yang telah menyusun dan mengubah susunan asal bamain piriang kepada sebuah pementasan pentas iaitu tari piring. Oleh itu, fungsi dan estetika tarian tersebut berubah mengikut permintaan dunia hiburan semasa. Sebagai tamsilannya, tari piring telah dipersembahkan dalam acara pesta, majlis perkahwinan dan persembahan sambutan tetamu-tetamu khas seperti menteri-menteri. Bamain piriang dicipta daripada pergerakan pancak, manakala tari piring adalah reinvensi kepada bamain piriang. Struktur dan fungsi daripada bamain piriang telah berubah dari pamenan menjadi sebuah pementasan pentas. Di samping itu, penyertaan jantina dalam proses reinvensi tari piringi juga menjadi isu, di mana satu aktiviti yang dilakukan oleh kaum lelaki telah diubahsuai untuk dilakukan oleh perempuan untuk pementasan pentas. Perubahan ini telah membawa kepada beberapa kesan, terutamanya dalam pergerakan tarian yang bermula dari pergerakan yang tangkas dan keras berubah menjadi pergerakan yang lebih lembut dan menghiburkan. Perubahan tari piring dapat dilihat dalam koreografi yang dicipta oleh lima koreografer yang adalah Hoerijah Adam, Syofyani Yusaf, Syaiful Erman, Susasrita Loravianti, dan Rasmida. Walaupun bamain piriang dan tari piring wujud bersama, mereka mengandungi improvisasi dan inovasi. Kedua-dua bamain piriang dan tari piring mewakili budaya simbolik yang berasal dari pelbagai nagari (kampung) di kawasan Sumatera Barat.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Cultural Centre, University of Malaya, 2018.
      Uncontrolled Keywords: Tari Piring; Reinvensi; Budaya Minangkabau; Koreografi; Bamain piriang; Sumatera Barat
      Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs
      N Fine Arts > NX Arts in general
      Divisions: Cultural Centre
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 09 Aug 2021 09:29
      Last Modified: 09 Aug 2021 09:29
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12400

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item