Pertubuhan-pertubuhan sukarela: Satu tinjauan umum di kawasan Bandaran Jitra, Kedah / Sharif Hat

Sharif, Hat (1976) Pertubuhan-pertubuhan sukarela: Satu tinjauan umum di kawasan Bandaran Jitra, Kedah / Sharif Hat. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (37Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk melihat tentang pertubuhan-pertubuhan sukarela dengan penyertaan orang ramai di dalamnya. Penulis sebenarnya meninjau dan cuba membuat penghuraian mengenai beberapa aspek daripada pertubuhan-pertubuhan sukarela ini. Disini penulis hanya akan cuba menghurai dan membincangkan mengenai pertubuhan-pertubuhan sukarela ini dengan hanya menghadkan kepada beberapa jenis daripada pertubuhan-pertubuhan sukarela yang terdapat di jitra ini sahaja. Tinjauan yang dibuat adalah mengenai jenis-jenis pertubuhan sukarela yang terdapat di jitra ini serta bilanagn ahli-ahli yang memasuki pertubuhan-pertubuhan ini, atau tegasnya sambutan yang diberikan terhadap pertubuhan-pertubuhan ini. Penulis juga cuba melihat tentang latarbelakang orang-orang yang menyertai pertubuhan-pertubuhan ini serta pemimpin-pemimpinnya. Disamping itu pemerhatian ditumpukan juga untuk mencari sebab-sebab mereka boleh tertarik untuk memasuki pertubuhan-pertubuhan ini. Apakah tujuan mereka menyertai pertubuhan-pertubuhan disebabkan oleh faktor-faktor kesunyian, untuk memenuhi masa lapang atau dengan tujuan-tujuan ekonomi dan politik sebagai misalannya.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1976.
    Uncontrolled Keywords: Pertubuhan sukarela; Matlamat; Pemimpin; Kedah
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 24 Aug 2021 01:06
    Last Modified: 24 Aug 2021 01:06
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12401

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item