Virat, Din Rat (1975) Integrasi dan assimilasi dikalangan masyarakat berketurunan Thai di Kedah / Virat Din Rat. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Penulisan bercorak sosiologikal dan antropologikal mengenai perhubungan ras di negara ini kebanyakannya terbatas kepada kumpulan-kumpulan majoriti. Sangat sedikit terdapat kajian-kajian terhadap kaum minoriti dan kalau adapun terhad kepada puak-puak orang asli seperti senoi, semang dan tamuan. Tujuan penulisan kajian ilmiah ini ialah untuk membuat satu tinjauan secara mendalam keatas kumpulan minoriti yang tinggal di bahagian utara negara ini iaitu kumpulan orang-orang yang berketurunan thai. Istilah 'minoriti' di sini digunakan untuk merujuk kepada kumpulan yang bilangannya kecil yang merupakan 'subgroup with a culture which is distinguishable from the dominant group in power by reason of differences in physical feature, language, customs or cultural patterns'. (Goulb & kELB, 1964). ciri-ciri yang dijadikan ukuran dalam definasi konsep minoriti ialah saiz kumpulan, bentuk fisikal, bahasa, adat resam dan pola-pola kebudayaan. Dengan itu memang tepat bagi orang-orang tahi yang dikaji ini digulongkan kedalam kategori kumpulan minoriti sebagai penduduk malaysia. Di dalam kajian ini akan ditinjau pola-pola kebudayaan, ekonomi dan politik orang-orang tahi dan hubungan mereka dengan pola-pola kelakuan kumpulan dominant iaitu orang-orang melayu. Seperti kelompok-kelompok etknik lain di negara ini orang-orang thai mempunyai sistem sosial yang tersendiri. Mereka megah dengan tradisi, kebudayaan dan fahaman yang mereka anuti.
Actions (For repository staff only : Login required)