Peranan dan penglibatan kaum wanita di bidang sosio-ekonomi masyarakat pekebun kecil getah (Kajian kes di Kampung Bukit Keledang, Segamat, Johor) / Jamayah Zakaria

Jamayah , Zakaria (1982) Peranan dan penglibatan kaum wanita di bidang sosio-ekonomi masyarakat pekebun kecil getah (Kajian kes di Kampung Bukit Keledang, Segamat, Johor) / Jamayah Zakaria. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (12Mb) | Preview

    Abstract

    Dalam usaha untuk membuat latihan ilmiah ini, pengkaji telah menjalankan kajian luar, di kampung Bukit Keledang, di daerah Segamat, Johor. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana peranan dan penglibatan kaum wanita di kampung ini di bidang sosial dan ekonomi dalam masyarakat pekebun kecil getah. Berhubung dengan itu, pengkaji telah membahagikan latihan ilmiah ini kepada 7 bab. Bab I pengkaji telah menghuraikan tujuan serta bidang kajian. Disamping itu, pengkaji juga menerangkan metode kajian yang digunakan serta masalah-masalah yang dihadapi oleh pengkaji semasa membuat kajian luar. Bab II pengkaji telah membuat huraian mengenai teori dan konsep-konsep yang digunakan dalam latihan ilmiah ini. Di samping itu, diterangkan juga peranan dan penglibatan kaum wanita pekebun kecil di bidang sosial dan ekonomi di luar rumah. Bab III adalah bab di mana pengkaji menghuraikan latar belakang kajian. Dalam bab ini, pengkaji telah menyentuh serba sedikit mengenai latar belakang kawasan kajian, latar belakang masyarakat kawasan kajian dan latar belakang responden di kawasan kajiandi jalankan. Bab IV pula pengkaji telah membincangkan kegiatan-kegiatan ekonomi yang diceburi oleh para wanita di Bukit Keledang secara khusus. Kegiatan-kegiatan ekonomi mereka adalah meliputi kegiatan ekonomi yang bercorak pertanian dan juga bukan pertanian, yang dijalankan sama ada secara tetap ataupun sambilan. Bab V pengkaji telah meninjau penglibatan wanita dalam kegiatan-kegiatan sosial yang ada di kampung ini. Kegiatan-kegiatan sosial yang dijalankan secara “formal” atau berorganisasi, dan juga kegiatan sosial secara “informal’ atau tidak mempunyai organisasi. Dalam bab VI pula pengkaji telah mengaitkan data-data yang di dapati hasil dari kajian luar, bagi membuat analisa yang berhubung dengan faktor-faktor yang dapat mendorong ataupun menghalang wanita-wanita di kampung ini dari terlibat dengan kegiatan-kegiatan sosial dan ekonomi di luar rumah. Akhirnya pengkaji telah membuat kesimpulan mengenai peranan dan penglibatan wanita di kampung ini di bidang sosio-ekonomi di luar rumah. Dalam bab ini, pengkaji juga cuba menghubungkan “theoretical framework” dengan “findings” yang didapati oleh pengkaji.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1981/1982.
    Uncontrolled Keywords: Wanita; Pekebun kecil; Getah; Pertanian; Kegiatan sosial
    Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
    H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 04 Jun 2021 07:52
    Last Modified: 04 Jun 2021 07:52
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12416

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item