Mohd Nawi , Semail (1991) Kampung Lalang: Kajian sosio-ekonomi / Mohd Nawi Semail. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Kajian ini merupakan kajian kes ke atas satu komuniti tani Melayu luar bandar. Kajian di Kampung Lalang ini bertujuan untuk melihat organisasi sosial serta susunan dan organisasi ekonomi di peringkat tempatan. Kajian bermula dengan pemerihalan sejarah dan latar belakang sosio-geografi komuniti kampung ini. Kampung ini terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Meranti dan kawasan Parlimen Pasir Mas. Penduduk di sini mempunyai pegangan politik kepartian yang berbeza-beza. Ada yang menganggotai UMNO dan Semangat 46, tetapi majoritinya adalah penyokong PAS. Penelitian dibuat berdasarkan beberapa aspek yang dibahagikan kepada beberapa bab, iaitu merangkumi kesemua aspek sosio-ekonomi, budaya dan politik yang terdapat dalam kehidupan komuniti Kampung Lalang.
Actions (For repository staff only : Login required)