Dari kampung baru ke pekan: Suatu kajian tentang perubahan sosio-ekonomi kawasan Tanjong Sepat, Daerah Kuala Langat, Negeri Selangor Darul Ehsan / Soo Wah Ming

Soo , Wah Ming (1994) Dari kampung baru ke pekan: Suatu kajian tentang perubahan sosio-ekonomi kawasan Tanjong Sepat, Daerah Kuala Langat, Negeri Selangor Darul Ehsan / Soo Wah Ming. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (12Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian menumpukan perhatian ke atas faktor-faktor dan agen-agen yang menyebabkan perubahan sosio-ekonomi di kalangan penduduk di kawasan Tanjong Sepat (KTS), sebuah kawasan luar bandar yang terletak di Mukim Batu, Daerah Kuala Langat, Negeri Selangor Darul Ehsan. Rangka masa yang dijadikan tumpuan kajian dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama meliputi tempoh masa dari tahun 1930-an sehingga 1960-an. Sahagian kedua meliputi tempoh masa perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru iaitu dari tahun 1970-an sehingga tahun 1990-an. Perbincangan hasil kajian dibahagikan kepada lima bab utama. Bab I adalah mengenai pengenalan tujuan kajian ini dan pengalaman pengkaji semasa kajian ini dijalankan. Pengkaji akan membincangkan pendekatan-pendekatan yang berkaitan dalam kajian perubahan sosial dan latar belakang penubuhan Kampung Baru di Malaya. Bab II menumpukan perbincangan ke atas sejarah penubuhan dan latar belakang sosio-ekonomi KTS secara komprehensif bagi tempoh masa sebelum tahun 1970. Dua tempoh masa yang berlainan iaitu tahun 1930-an hingga 1950 dan tahun 1950-an hingga tahun 1970, dijadikan garis pemisahan untuk meneliti perubahan sosio-ekonomi yang dialami oleh penduduk tempatan dalam tempoh masa tersebut. Bab III adalah berkenaan latar belakang demografi dan aspek sosial KTS selepas tahun 1970 hingga tahun 1990-an. Selain daripada membincangkan latar belakang responden dan isterinya, perbincangan dalam bab ini juga meliputi perbezaan di antara generasi responden dan generasi anak dari segi taraf pencapaian pendidikan, bentuk rumah tangga, purata saiz isi rumah dan aspek-aspek sosial yang lain. Sebab dan akibat mengenai perubahan-perubahan ini turut dihuraikan secara mendalam. Perubahan dalam aspek ekonomi di KTS dijadikan topik perbincangan utama dalam Bab IV. Pengkaji cuba memberi suatu gambaran yang jelas berkenaan sebab-akibat perubahan dan masalah yang dialami oleh sektor pekerjaan tradisional serta kemunculan kegiatan perniagaan dan industri kecil di KTS, khususnya selepas akhir tahun 1970-an. Perbincangan mengenai bidang pekerjaan anak-anak responden bertujuan menjelaskan perubahan struktur ekonomi di KTS serta mengesan perbezaan bidang pekerjaan yang diceburi oleh generasi responden dan generasi anak. Dalam Bab V, pengkaji merumuskan jenis-jenis perubahan sosio-ekonomi dan corak perubahan yang telah dialami oleh penduduk KTS selama ini. Pengkaji juga membuat kesimpulan berkenaan faktor-faktor yang menyebabkan perubahan tersebut. Dalam perkara ini, pengkaji telah menilai semula dan menghuraikan secara mendalam berkenaan pengaruh faktor budaya dan faktor struktural. Pengkaji mengakhiri perbincangan dengan merumuskan satu kesimpulan berkenaan dengan pendekatan kajian perubahan sosio-ekonomi.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1993/1994.
    Uncontrolled Keywords: Sosio-ekonomi; Sektor pekerjaan tradisional; Isi rumah; Suri rumah; Polisi kerajaan
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 03 Jun 2021 04:40
    Last Modified: 03 Jun 2021 04:40
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12424

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item