Kajian pelaksanaan Skim Takaful Mikro di Malaysia / Fatin Nabilah Abdul Wahid

Fatin Nabilah, Abdul Wahid (2015) Kajian pelaksanaan Skim Takaful Mikro di Malaysia / Fatin Nabilah Abdul Wahid. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (52Mb) | Preview

    Abstract

    Sistem takaful adalah elemen penting dalam transformasi ekonomi negara membangun. Walaubagaimanapun, produk-produk yang ditawarkan oleh institusi takaful sedia ada tidak mendapat sambutan oleh golongan bawahan. Oleh itu, takaful mikro diwujudkan sebagai altenatif kepada takaful komersial. Kajian ini dijalankan untuk memahami konsep dan prinsip takaful mikro serta manfaatnya terhadap golongan bawahan. Di samping itu, kajian ini juga turut mengfokuskan pelaksanaan skim takaful mikro di Malaysia. Kajian ini menggunakan metode perpustakaan dan temubual untuk mengumpul data. Temubual tidak formal dan separa berstruktur dijalankan terhadap dua orang pakar secara bersemuka dan juga melalui pengantara media elektronik. Segala maklumat yang diperolehi telah dianalisis secara induktif, deduktif dan komparatif. Sebanyak 10 kriteria takaful mikro dibandingkan dengan keempat-empat skim takaful yang telah dilaksanakan di Malaysia. Dapatan kajian mcndapati bahawa skim takaful yang dikaji adalah takaful mikro, kerana konsep yang digunakan adalah sama. Walaubagaimanapun, skim-skim tersebut tidak menepati 100% kriteria takaful mikro global yang telah dibincangkan oleh sarjana-sarjana takaful. Hasil penyelidikan ini akan dapat membantu menyumbang kepada pemikiran dan memberi idea kefahaman semasa dalam menyebarkan maklumat takaful mikro kepada masyarakat.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) - Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2015
    Uncontrolled Keywords: Takaful system; Economic transformation; Microtakaful scheme; Lower income
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    H Social Sciences > HJ Public Finance
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Management
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 17 Sep 2021 01:01
    Last Modified: 17 Sep 2021 01:03
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12552

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item