Abdul Wahab, Hashim (1974) Kepemimpinan dan politik UMNO di Kuala Nerus: Satu analisa sosio-politik dalam konteks kepemimpinan politik Terengganu / Abdul Wahab Hashim. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.
Abstract
Kajian ini, 'Kepemimpinan dan politik UMNO di Kuala Nerus; satu analisa sosio-politik dalam konteks kepemimpinan politik Terengganu', adalah satu kajian ringkas ke atas tiga perkara iaitu UMNO sebuah parti, politik dan kepemimpinan politik dan orang-orang Melayu di Negeri Terengganu sebagai tiga perkara yang saling kait-mengait. Keseluruhannya ia menekankan dua aspek; dua aspek yang berkait rapat dan saling pengaruh mempengaruhi. Dua aspek tersebut ialah politik dan pengaruhnya ke atas kehidupan sosial. Dalam kajian kepemimpinan, politik berkisar dan ditekankan kepada parti politik UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu), dan dilihat beberape hubungannya dengan kehidupan orang-orang Melayu di Mukim Kuala Nerus Terengganu (dari sejak merdeka hingga ke awal 70'an). Apa yang hendak diperhatikan ialah kesanggupan parti politik tersebut, iaitu UMNO sebagai sebuah parti politik paling berpengaruh di Malaysia dalam konteks kepemimpinan politik orang-orang Melayu, dan sebagai parti politik yang seharusnya memimpin rakyat ke arah mencapai tujuan dan matlamat tertentu. Mereka yang dikaji ialah orang Melayu di beberapa buah kampung di Mukim Kuala Nerus, Terengganu. Sembilan puluh peratus orang Melayu masih bergantung kepada pertanian (majoritinya belum mengenal teknik-teknik moden dalam soal pertanian ini) dan kebanyakannya tinggal di kawasan-kawasan luarbandar. Taraf hidup mereka masih lagi rendah. Masih terlalu ramai yang berpendapatan kurang dari $150 sebulan, di dalam negara Malaysia yang pendapatan perkapitannya sudah melebihi $1000 sebulan ini. Orang-orang Melayu ini juga masih rendah taraf perkembangan pemikirannya. Perkara kedua, untuk mencapaf tujuan kajian ini, beberapa aspek yang berkaitan juga harus dilihat Pertama ialah UMNO sebagai sebuah parti politik di Kuala Nerus, Hubungan UMNO kawasan ini dengan UMNO pusat peringkat negeri juga perlu dilihat, terutama peranan dan kepentingan yang dimainkannya dalam strategi perjuangan UMNO keseluruhannya.
Actions (For repository staff only : Login required)