Proses pemulihan juvana nakal: Satu kajian kes di Sekolah Tunas Bakti, Taiping, Perak / Thuraiya Mohd Zaiyad

Thuraiya , Mohd Zaiyad (1985) Proses pemulihan juvana nakal: Satu kajian kes di Sekolah Tunas Bakti, Taiping, Perak / Thuraiya Mohd Zaiyad. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (16Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini ialah satu kajian kes yang melihat tentang proses-proses pemulihan yang dijalankan ke atas juvana-juvana nakal. Mereka-mereka ini telah diperintahkan oleh mahkamah juvana untuk menjalani pemulihan di sekolah akhlak. Pengkaji juga melihat apakah corak dan bentuk pemulihan yang terdapat di dalam sekolah pemulihan akhlak untuk murid-murid lelaki pada masa kini. Tumpuan utama pengkaji iaalah pada Sekolah Tunas Bakti Taiping, Perak dengan melihat sekolah tersebut sebagai sebuah institusi pemulihan. Pengkaji melihat sejauh mana corak, bentuk dan dasar pemulihan yang dilaksanakan benar-benar berkesan pada murid-murid tersebut dalam tempoh tahanan mereka serta adakah sistem pemulihan tersebut berjaya mengawal perlakuan dan memberi kesedaran kepada mereka bagi membentuk semula peribadi mereka. Pengkaji telah membincangkan soal ini dalam enam bab yang merangkumi perkara-perkara-perkara berikut: Dalam bab I, pengkaji menyentuh tentang pengenalan, tujuan dan bidang kajian serta masalah-masalah yang dihadapi semasa kajian dijalankan. Bab II pengkaji membincangkan tentang konsep-konsep serta teori-teori pemulihan. Konsep-konsep yang didefinisikan adalah konsep pemulihan dan konsep sosial. Pengkaji juga menurunkan beberapa teori pemulihan dan cara-cara pemulihan iaitu dimana dan bagaimana ianya dilaksanakan sebagai pengenalan untuk ulasan yang lebih lanjut dalam bab-bab seterusnya. Dalam bab III pula dihuraikan aspek-aspek penting mengenai latar belakang tempat kajian, sejarah penubuhan organisasi pentadbirannya serta tanggungjawab-tanggungjawab kakitangan sekolah berkenaan. Pengkaji kemudiannya membincangkan mengenai latar belakang penghuni iaitu dari segi umur, asal-usul, jenis-jenis kesalahan yang dilakukan, bilangan masuk dan keluar, taburan pendapatan keluarga, pemilikan harta keluarga, perhatian keluarga, pelajaran, pergaulan dan pekerjaan, pedapatan, taraf rakan-rakan serta sikap ibubapa atau penjaga terhadap penghuni. Pengkaji kemudiannya membincangkan program dan proses-proses pemulihan dalam bab IV iaitu melihat Sekolah Akhlak dalam konteks pemulihan. Pengkaji melihat aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah berkenaan dan mencatitkan beberapa masalah utama dalam proses pemulihan tersebut. Dalam bab V, pengkaji membuat penilaian tentang proses dan program pemulihan dengan cara mengkaji sikap penghuni pada peringkat awal di institusi, sikap selepas setahun di institusi, objektif selanjutnya selepas setahun di institusi jalinan perhubungan penghuni dan kakitangan darjah minat terhadap latihan vokasional dan pelajaran akademik. Tujuan pengkaji adalah untuk melihat keberkesanan program-program pemulihan yang telah dijalankan. Pengkaji juga melihat jadual pelarian dan tangkapan balik serta ulasan semasa dibebas di atas cubaan lesen. Bab VI pula merupakan rumusan yang dibuat oleh pengkaji berdasarkan data-data dan keterangana yang telah diperolehi bagi membuktikan keberkesanannya dan efektifnya sebuah sekolah akhlak. Akhirnya pengkaji memberikan beberapa saranan agar masalah-masalah serta keadaan institusi berkenaan dapat diperbaiki.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1984/1985.
    Uncontrolled Keywords: Juvana nakal; Pemulihan juvana; Sekolah akhlak; Latihan vokasional; Pergaulan
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 24 Sep 2021 06:13
    Last Modified: 24 Sep 2021 06:13
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12558

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item