Pekebun kecil: Tinjauan terhadap gejala penghalang pembangunan sosio ekonomi (Kajian kes di Kawasan Kati, Kuala Kangsar, Perak) / Muhammad Shuhaili Mohd Shafie

Muhammad Shuhaili , Mohd Shafie (1988) Pekebun kecil: Tinjauan terhadap gejala penghalang pembangunan sosio ekonomi (Kajian kes di Kawasan Kati, Kuala Kangsar, Perak) / Muhammad Shuhaili Mohd Shafie. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (12Mb) | Preview

    Abstract

    Latihan ilmiah ini adalah merujuk kepada tinjauan berkenaan dengan pekebun kecil getah. Apa yang pengkaji akan huraikan ialah berkenaan dengan gejala yang membawa kepada penghalang pembangunan sosio ekonomi pekebun kecil. Pengkaji telah membahagikan kajian ilmiah ini kepada beberapa bab yang tertentu. Bab I merupakan bab pengenalan kepada latihan ilmiah ini. Ianya menerangkan tentang objektif kajian ilmiah, metode-metode yang digunakan serta masalah-masalah yang dihadapi oleh pengkaji pada masa kajian. Bab II pula merupakan huraian berkenaan dengan konsep pembangunan serta pengemukaan tentang teori mengenai kemiskinan yang dikemukakan oleh para sarjana dari Malaysia sendiri. Bab III merupakan rujukan kepada latar belakang tempat kajian iaitu kawasan Kati, Kuala Kangsar, Perak. Dihuraikan juga status teknologi getah dan perkhidmatan pengembangan yang diterima oleh pekebun kecil getah daripada agensi-agensi yang berkaitan dengan perkhidmatan khidmat nasihat yang diterima oleh pekebun kecil. Bab IV pula menerangkan tentang pekerjaan selain dari menoreh getah bagi pekebun kecil. Selain itu, dihuraikan permasalahan yang dihadapi oleh pekebun kecil dari sudut pandangan mereka sendiri. Bab V adalah berkenaan dengan organisasi yang terlibat dalam hal ehwal pekebun kecil. Perhatian utamanya adalah kepada pihak RISDA dan pandangan dari sudut RISDA sendiri terhadap permasalahan pekebun kecil. Sementara itu bab penutup iaitu bab VI adalah merupakan bahagian dimana pengkaji memberi huraian masalah dan beberapa saranan kepada penyelesaiannya.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1987/1988.
    Uncontrolled Keywords: Pekebun kecil; Sosio ekonomi; Pembangunan; Kemiskinan; RISDA
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 16 Nov 2021 06:53
    Last Modified: 16 Nov 2021 06:53
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12560

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item