Mohamad , Junoh (1987) Perusahan pengawitan tembakau: Penyertaan bumiputra, masalah dan prestasi (Satu kajian di Bachok, Kelantan) / Mohamad Junoh. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.
Abstract
Dalam Latihan Ilmiah ini ditumpukan kepada soal-soal yang berkaitan dengan penglibatan bumiputra, masalah dan pestasi dalam suatu bidang perniagaan iaitu bidang pengawitan tembakau di Bachok. Dalam bab 1, dihuraikan tentang tujuan dan bidang kajian, kepentingan kajian, keadah kajian, masalah dan latarbelakang tempat kajian. Bab ini merupakan bab pengenalan kepada kajian ini. Bab II pula menumpukan kepada penerangan tentang perkemba, perkembangan pengawit-pengawit persendirian di Malaysia, pengeluaran dan hasilnya. Juga di tumpukan kepada perkembangan perusahaan ini di Kelantan amnya dan di Bachok khasnya. Akhir sekali di tumpukan kepada pengilang-pengilang rokok yang terdapat di Malaysia yang dilihat dari segi jumlah pembeliannya. Bab III pula di tumpukan kepada keadaan sosio-ekonomi pengawit-pengawit bumiputra di Bachok yang dilihat dari segi umur, status perkhawinan, tingkat pelajaran, latarbelakang tempat kediaman, pengalaman berniaga dan pendapatan. Di akhir bab di terangkan tentang sebab-sebab pengawit bumiputra melibatkan diri dalam bidang ini. Bah IV mengutarakan tentang prestasi dan masalah yang dihadapi oleh pengawit-pengawit bumiputra di daerah ini. Soal prestasi dilihat dari pertambahan modal kepada syarikat. Keuntungan yang didapati, pandangan setiap pegawit terhadap bidang ini, taraf dan gaya hidup dan pola-pola pelaburan lain hasil dari perniagaan ini. Soal masalah pula dilihat dari segi modal, pemasaran, bekalan, pentadbiran dan pengurusan tenaga buroh dan sikap dari tabiat petani.
Actions (For repository staff only : Login required)