Abdul Karim , Abu Seman (1984) Jabatan Bomba Kedah/Perlis: Kajian mengenai masalah-masalah dan sikap terhadap pekerjaan di kalangan anggota-anggota berpangkat randah di Balai Bomba Alor Setar / Abdul Karim Abu Seman. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree ) Download (17Mb) | Preview |
Abstract
Kajian ini memusatkan kepada sikap terhadap pekerjaan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh anggota-anggota bomba berpangkat rendah di Balai Bomba Alor Setar. Di dalam memperjelaskan hal ini, pengkaji juga menyentuh masalah-masalah yang dihadapi oleh pegawai-pegawai atasan atau Jabatan Bomba Kedah/Perlis. lsi kandungan latihan ilmiah ini terbahagi kepada 7 bab. Bab I iaitu bab pendahuluan, panulis menghuraikan tentang tujuan kajian, bidang kajian, cara-cara kajian dijalankan dan masalah-masalah kajian. Di dalam bab II, penulis membincangkan definisi dan konsep birokrasi dan sikap yang mendasari kajian ini. Bab III adalah mengenai latarbelakang dan struktur organisasi bomba Alor Setar (dan Kedah/Perlis amnya). Gambaran umum diberikan mengenai sejarah penubuhan dan perkembangan, lokasi, objektif dan fungsi-fungsinya. Dalam bab ini, disentuh juga secara sepintas lalu pasukan bonba sukarela di Negeri Kedah dan Perlis dan jentera-jentera bomba yang ada di Balai Bomba Alor Setar. Bab IV adalah mengenai latarbelakang anggota-anggota berpangkat rendah seperti bangsa, umur, status perkahwinan, taraf pendidikan, tempat tinggal dan pengalaman bekerja. Di samping itu, dibincangkan sumber pendapatan dan perbelanjaan responden. Secara umum, pengkaji juga membincangkan pekerjaan responden sebelum berkhidmat sebagai anggota bomba, karier dan alas an-alasan mereka berkhitmat sebagai anggota bomba, pilihan responden terhadap pekerjaan lain, aktiviti-aktiviti semasa bertugas dan tugas mengikut syif yang dijalani oleh seseorang anggota bomba. Bab V adalah mengenai inti kajian ini, iaitu masalah-masalahyang dihadapi oleh anggota-anggota berpangkat rendah seperti gaji, elaun, kenaikan pangkat, tempat tinggal, cuti, peraturan dan arahan yang perlu diikuti, kebajikan, masalah-masalah semasa menerima panggilan kecemasan, hubangan dengan pegawai atasan dan latihan yang tidak sempurna. Di samping itu, disentuh juga pengaruh keluarga dalam tugas mereka, dan bagaimana pengaruh dan masalah-masalah ini telah memberi kesan ke atas sikap responden sebagai anggota bomba. Bab VI menekankan kepada reaksi dan pandangan para pegawai atasan terhadap beberapa masalah yang di hadapi oleh responden. Secara sepintas lalu, dibincangkan juga masalah-masalah yang dihadapi oleh para pegawai atasan dan Jabatan Bomba sendiri dalam mengendalikan tugas dan pentadbiranya. Saranan-saranan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan bomba oleh anggota-anggota berpangkat rendah, pegawai atasan dan pengkaji telah juga diberikan. Bab VII adalah bab yang membincangkan hubungan konsep birokrasi dan sikap dengan kajian ini. Misalnya, dipersoalkan adakah ciri-ciri dan sifat-sifat birokrasi Weber itu terdapat dalam Jabatan Bomba Kedah/Perlis khususnya di Alor Setar. Di samping itu, dilihat bagaimana birokrasi yang ada mempengaruhi sikap dan bagaimana sikap pula mempengaruhi birokrasi.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1983/1984. |
Uncontrolled Keywords: | Jabatan Bomba; Konsep birokrasi; Sikap; Alatan kebombaan; Sikap |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HM Sociology |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 03 Nov 2021 02:09 |
Last Modified: | 03 Nov 2021 02:09 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12586 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |