Satu kajian kes di Bandar Kota Bharu mengenai peminta-peminta sedekah yang menjadikan aktiviti meminta-minta sebagai satu cara hidup / Affendi Abdullah

Affendi , Abdullah (1987) Satu kajian kes di Bandar Kota Bharu mengenai peminta-peminta sedekah yang menjadikan aktiviti meminta-minta sebagai satu cara hidup / Affendi Abdullah. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (15Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini merupakan satu kajian kes yang dirujukanna khas kepada Bandar Kota Bharu, Kelantan. Tujuan utama kajian ini ialah untuk memperlihatkan kegiatan atau aktiviti meminta sedekah yang menjadi suatu bentuk atau cara hidup bagi sekumpulan kecil masyarakat di Kelantan. Pada keseluruhannya, penulisan ini terbahagi kepada enam bahagian. Dalam bab pertama, pengkaji telah menghuraikan mengenai aspek-aspek kajian ini yang berkaitan dengan tujuan dan bidang kajian, latar tempat dan komuniti yang dikaji, metod-metod yang digunakan dalam kajian dan masalah-masalah yang dihadapi semasa kajian di jalankan. Bab kedua pula pengkaji mengemukakan beberapa konsep dan teori yang berhubungan dengan persoalan peminta sedekah. Perkara yang diberikan tumpuan di sini ialah seperti pengertian tentang peminta sedekah dan kedudukannya dari sudut undang-undang serta kedudukan mereka dari sudut sosiologi. Seterusnya cuba mengaplikasikan kes peminta berdasarkan kepada teori-teori menganai perlakuan-perlakuan yang mendorong kepada aktivti meminta-minta berdasarkan kelompok yang berlainan serta penerimaan dan penafian peminta sedekah terhadap penyelewengan mereka. Bab tiga pengkaji menyentuh tentang latar belakang peminta sedekah dari segi kedudukan sosial dan ekonomi. Perkara-perkara yang disentuh mengenai mereka dalam aspek tersebut ialah seperti dari segi jantina, tempat asal mereka, status perkahwinan serta mengenai pendapatan dan corak perbelanjaan mereka. Dalam aspek tertentu, pengkaji turut mengasingkan bagi keterangan antara peminta dewasa dan tua dengan peminta kanak-kanak. Dalam bab empat, pengkaji menekankan kepada persepsi peminta sedekah mengenai corak kehidupan mereka dengan berdasarkan status mereka serta terhadap pihak-pihak berkuasa. Dalam bab ini juga, pengkaji turut memberikan perhatian khusus dalam aspek faktor-faktor yang menyebabkan mereka meminta-minta. Seterusnya dalam bab kelima pula, pengkaji menjelaskan tentang peranan khusus dan juga langkah yang secara tidak langsung yang dimainkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan dalam menyelesaikan persoalan meminta-minta di Kota Bharu. Pengkaji juga dengan secara ringkas turut menjelaskan tentang peranan atau langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Kelantan (MAIK) dalam soal mengatasi masalah fakir miskin. Bab akhir bab enam pengkaji mengulas tentang kebenaran-kebenaran teori yang telah diperlihatkan ke dalam kes peminta-peminta sedekah. Pengkaji juga turut member saranan-saranan yang berupa saranan umum dan juga saranan kepada pihak berkuasa untuk diteliti dan dipertimbangkan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor's Degree) - Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1986/1987.
    Uncontrolled Keywords: Peminta sedekah; Kota Bharu; Sosial; Ekonomi; Majlis Agama Islam Negeri Kelantan (MAIK)
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 10 Nov 2021 08:19
    Last Modified: 10 Nov 2021 08:19
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12608

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item