Koh , Boo Siong (1987) Hubungan sosial, agama dan etnik: Suatu kajian di kalangan komuniti Peranakan Cina Kampung Peringat, Kota Bharu, Kelantan / Koh Boo Siong. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree ) Download (14Mb) | Preview |
Abstract
Dalam kajian ini, penulis menumpukan perhatian terhadap penduduk Cina Peranakan di Kampung Peringat. Aspek yang di tekankan adalah perhubungan agama dengan identity etnik. Kajian ini mengandungi 6 bab. Dalam bab I mengandungi pendahuluan, metodologi, kajian-kajian mengenai perhubungan etnik dan kesimpulan. Dalam bab II pula mengandungi latar belakang kawasan kajian. Bahagian-bahagian yang diperlihatkan dalam bab ini adalah kedudukan fizikal Kampung Peringat, sejarah perkampungan, taraf pendidikan, kegiatan ekonomi, kepimpinan dan politik, struktur perumahan dan sosio budaya. Perhubungan etnik di Kampung Peringat dimasukan ke dalam bab III. Aspek perhubungan yang ditonjolkan adalah dalam hal politik, sosial dan ekonomi. Di dapati proses asimilasi dan integrasi antara orang Cina dengan Melayu tempatan wujud dengan baik. Bab IV pula membincangkan identity social masyarakat Cina Peranakan Kampung Peringat. Dalam hal ini, orang Cina menggunakan peranakan dan perkahwinan, amalan sosial dan ekonomi, keanggotaan persatuan dan politik untuk membezakan dengan orang Melayu. Bab V membincangkan agama komuniti Cina Peranakan Kampung Peringat. Bab ini mengandungi agama-agama yang utama, penyembahan nenek moyang, upacara-upacara kematian dan perkabungan dan hari-hari perayaan. Akhir sekali, bab VI adalah kesimpulan kajian ini. Orang Cina Peranakan Kampung Peringat tetap mempertahankan identity kecinaan mereka daripada ditembusi budaya Melayu. Mereka menggunakan agama sebagai sempadan dalam perhubungan dengan orang Melayu.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor's Degree) - Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1986/1987. |
Uncontrolled Keywords: | Peranakan Cina; Budaya Melayu; Agama; Hubungan sosial; Identiti etnik |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 10 Nov 2021 07:18 |
Last Modified: | 10 Nov 2021 07:18 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12610 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |