Pemakaian maslahah dalam produk takaful keluarga di Prudential BSN Takaful Berhad / Nik Asma’ Adawiyah Nik Din

Nik Asma’ Adawiyah, Nik Din (2019) Pemakaian maslahah dalam produk takaful keluarga di Prudential BSN Takaful Berhad / Nik Asma’ Adawiyah Nik Din. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A)
Download (1342Kb)

    Abstract

    Takaful keluarga merupakan salah satu instrumen perlindungan risiko. Di Malaysia oleh kerana operasi takaful keluarga diurus oleh institusi kewangan yang berentiti perniagaan, justeru timbul andaian yang menyatakan bahawa modus operandinya masih belum menepati maqasid al-shari‘ah yang sebenar. Kepelbagaian inovasi yang dilakukan terhadap takaful keluarga telah menimbulkan persoalan berkaitan dengan modus operandi sebenar takaful ini. Konsep tabarru’ yang menjadi akad pendasar dalam takaful keluarga dikatakan masih kabur apabila syarikat pengendali takaful mengambil peluang meraih pulangan melalui pelan-pelan takaful yang ditawarkan. Seterusnya, terma dan syarat yang merupakan sebahagian daripada produk takaful keluarga turut menimbulkan persoalan berkaitan maslahah yang diterima pakai dalam produk tersebut. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti elemen maslahah yang diterima pakai dalam produk takaful keluarga dan menilai sejauh manakah produk ini bertepatan dengan maslahah yang sebenar. Kajian ini bersifat kualitatif yang menggunakan metode perpustakaan, analisis dokumen dan temu bual bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan takaful. Metode penganalisaan data pula dijalankan menerusi metode induktif, deduktif, dan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa elemen maslahah sememangnya diterima pakai dalam produk takaful keluarga. Namun, terdapat beberapa elemen maslahah yang dikesampingkan misalnya dalam isu berkaitan dengan perkongsian lebihan dana takaful dan ejen takaful.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2019.
    Uncontrolled Keywords: Takaful keluarga; Maslahah; Konsep tabarru’; Wakalah bi al-ajr; Pelan takaful
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    H Social Sciences > HJ Public Finance
    H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 10 Nov 2021 07:14
    Last Modified: 10 Nov 2021 07:14
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12611

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item