Sejarah pengurusan sampah di Kuala Lumpur, 1974-2004 / Nur Ain Abd Muin

Nur Ain , Abd Muin (2018) Sejarah pengurusan sampah di Kuala Lumpur, 1974-2004 / Nur Ain Abd Muin. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (971Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini membincangkan sejarah pengurusan sampah di Kuala Lumpur dalam tempoh 1974 hingga 2004. Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, sampah ditakrifkan sebagai satu bahan buangan termasuk semua bahan yang telah ditetapkan sebagai bahan buangan terjadual, atau bahan buangan dalam bentuk pepejal, cecair, atau dalam bentuk gas, atau wap yang dilepaskan, dikeluarkan, atau diletakkan dalam alam sekeliling, yang boleh menjadi faktor pencemaran. Sampah sarap yang terhasil dapat dibahagikan kepada sampah domestik, sampah klinikal, sampah industri, sampah komersial, sampah perbandaran, dan sampah komuniti perkhidmatan bandar. Pengurusan sampah sarap yang cekap amat signifikan kerana Kuala Lumpur merupakan bandar metropolitan yang pesat membangun dalam aspek bilangan penduduk dan ekonomi. Persoalan kajian yang difokuskan dalam tesis ini ialah keberkesanan sistem pengurusan sampah sarap di Kuala Lumpur. Keberkesanan sistem pengurusan sampah sarap di Kuala Lumpur boleh diukur melalui tahap aduan yang dibuat oleh masyarakat mengenai pencemaran alam sekitar kepada pihak berwajib, samaada banyak atau sebaliknya. Selain itu, pengurusan pemungutan dan pelupusan sampah yang baik dapat membantu mengatasi isu pencemaran alam sekitar. Hal ini dapat diukur melalui kemampuan badan terlibat untuk mewujudkan pelbagai struktur, akta serta polisi, dan undang-undang yang digubal dapat menyelesaikan isu pertambahan sampah sarap di Kuala Lumpur. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sistem pentadbiran pengurusan sampah di Kuala Lumpur dan menganalisis sistem yang digunapakai. Selain itu, kajian ini dibuat untuk meneliti isu dan cabaran terhadap langkah-langkah pengurusan sampah di Kuala Lumpur. Sejajar dengan persoalan itu, kajian ini menggunakan kaedah analisis kualitatif. Untuk itu, sebahagian besar penulisan tesis ini disandarkan kepada sumber-sumber primer. Antaranya seperti fail rasmi daripada pihak berkuasa tempatan dan Laporan Tahunan Pihak Berkuasa Tempatan yang diperolehi dari Arkib Negara dan akhbar-akhbar seperti News Straits Time dan Berita Harian. Menurut kajian yang dijalankan, jelas menunjukkan pengurusan sampah sarap telah mengalami kemajuan pesat antara tahun 1974 hingga 2004. Berbanding sekitar tahun 1970-an, berlaku peningkatan kemajuan dalam aspek teknologi dan kaedah penyelenggaraan serta pelupusan sampah. Selain itu, penambahbaikan undang-undang berkaitan sampah sarap serta pelbagai kempen merupakan inisiatif kerajaan bagi pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Sistem pengurusan sampah juga boleh dianggap sebagai satu pencapaian kerana pelbagai isu berjaya diselesaikan. Antaranya ialah perkhidmatan pemungutan, pelupusan sampah dan pembersihan yang lebih cekap dan berkualiti dijalankan. Walaupun begitu, masih terdapat kritikan dari pelbagai pihak berkaitan isu sampah sarap yang wajar diberi perhatian. Oleh yang demikian, kajian ini adalah amat signifikan bagi menyumbang pengetahuan kepada pihak kerajaan dan pihak awam untuk mengambil pendekatan menjagaan alam sekitar melalui pengurusan pengumpulan, pemungutan dan pelupusan sampah sarap yang paling baik dan efisien.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) - Faculty Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: Sejarah pengurusan sampah; Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974; Pelupusan sampah; Pencemaran alam sekitar; Pemuliharaan alam sekitar
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 10 Nov 2021 03:12
    Last Modified: 10 Nov 2021 03:12
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12615

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item