Laman web dengan suara bagi golongan kurang penglihatan / Kalpana Govindan

Kalpana, Govindan (2002) Laman web dengan suara bagi golongan kurang penglihatan / Kalpana Govindan. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (34Mb) | Preview

    Abstract

    Selaras dengan perkembangan sains dan teknologi pada masa kini, pembangun-pembangun perisian turut peka kepada permintaan golongan yang mempunyai masalah penglihatan. Pelbagai perisian telah dibina bagi membantu golongan tersebut agar mereka tidak tersisih daripada dunia siber ini. Mereka juga berhak untuk mengetahui isu-rsu yang berlaku sekitar mereka. Motivasi inilah yang mendorong saya agar membina sebuah laman web dengan suara yang akan mernberi mereka maklumat yang berguna. Saya bersama rakan saya iaitu Jarina Muhammad Ismail telah menjalankan kajian mengenai masalah serta kekangan yang dihadapi oleh golongan kurang penglihatan. Projek ini dijalankan sebagai memenuhi syarat keperluan projek Latihan Ilmiah I dan II. Laman web ini akan dibangunkan dengan menggunakan Visual Interdev 6.0 dan bagi merakam audionya pula saya akan menggunakan GoldWave. Sistem ini dibangunkan dengan menitikberatkan saiz dan susunan butang serta teks pada satu antaramuka yang bertujuan memberi kemudahan pengaksesan yang maksimum bagi golongan tersebut. Maklumat ini juga boleh dicapai oleh sesiapa saja walau di mana mereka berada dengan pantas dan tanpa menggunakan bantuan peralatan yang lain. Ini dapat mebantu golongan istimewa tersebut yang tidak mampu untuk membeli peralatan bantuan yang canggih dan mahal untuk mengakses ke internet. Secara arnnya, pakej ini dibangunkan berdasarkan jadual pernbangunan projek yang dirancang. Dalam menghasilkan projek ini, saya telah mernilih metodologi User Centered Design (UCD). Penggunaan metodologi ini amat sesuat kerana ia mementingkan keperluan dan kehendak pelanggan bagaimana sistem itu harus berfungsi. Iajuga dianggap dapat mengurangkan belanja pernbinaan sistem. Sepanjang menjalani projek ini, saya amat berbesar hati kerana dapat menimba pengalaman yang sungguh bermakna. Saya telah mempelajari cara-cara yang sebenar yang harus diikuti sebelum membangunkan sesuatu perisian. Dengan adanya projek seperti ini, saya dapat mengetahui cara bagaimana membangunkan perisian apabila tiba alam pekerjaan sebenar memandangkan saya memilih kejuruteraan perisian sebagai bidang pengkhususan saya.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, Universiti Malaya, 2002.
    Uncontrolled Keywords: Laman web dengan suara; Perisian komputer; Golongan kurang penglihatan; Audio web
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 22 Nov 2021 06:24
    Last Modified: 22 Nov 2021 06:24
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12625

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item