Pakej matematik pintar asas algebra / Murugan Nadarajah

Murugan, Nadarajah (2002) Pakej matematik pintar asas algebra / Murugan Nadarajah. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (36Mb) | Preview

    Abstract

    Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan telah membawa banyak perkembangan kepada sistem pendidikan yang semakin maju pada alaf baru ini. Banyak pakej pembelajaran dengan bantuan komputer telah direkabentuk untuk memberi faedah kepada para pelajar. Pakej pembelajaran yang baik, efektif serta mudah difahami dapat banyak membantu proses pembelajaran yang lebih cenderung ke arah 'virtual learning'. Di dalam tesis ini, satu pakej pembelajaran matematik bermultimedia bagi pelajar-pelajar tahap pertengahan (12-16 tahun) dibangunkan. Rekabentuk antaramuka bagi pakej ini memanipulasikan sepenuhnya teknologi multimedia. Selain itu beberapa elemen yang menyokong aktiviti-aktiviti seperti attention (perhatian), association (perhubungan), motivation (motivasi) dan rehearsal (latihan) juga diambil kira sewaktu merekabentuk antaramuka bagi pakej ini. Pakej pembelajaran yang dikenali sebagai 'Asas Algebra' ini menggunakan kaedah pengajaran yang efektif iaitu kaedah ketja pratik dalam menyampaikan kandungannya kepada para pelajar. Pakej-pakej yang sedia ada dianalisis serta soal selidik dan temuramah dijalankan untuk mengenalpasti keperluan-keperluan bagi pakej ini. Pakej 'Asas Algebra' ini terdiri daripada beberapa modul seperti modul pengenalan, modul pendaftaran, modul menu utama, modul pembelajaran (terdiri daripada tiga submodul iaitu nota, latihan dan bantuan), modul kuiz, modul kemajuan dan modul tamat. Akhirnya, tesis yang dijalankan ini dapat mengenal pasti apakah ciri-ciri dan persoalan yang perlu diberi pertimbangan bagi merekabentuk satu pakej pembelajaran matematik yang dapat menarik perhatian para pelajar.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, Universiti Malaya, 2001/2002.
    Uncontrolled Keywords: Pakej matematik pintar; Asas algebra; Teknologi multimedia
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 23 Nov 2021 07:51
    Last Modified: 23 Nov 2021 07:51
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12634

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item