Syamsuri, - (2011) Pelaksanaan koperasi pondok pesantren: Kajian di Pondok Moden Darussalam Gontor, Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia / Syamsuri. Masters thesis, Universiti Malaya.
| PDF (Thesis M.A) Download (71Mb) | Preview |
Abstract
Sejak mutakhir ini telah berlaku satu perubahan dalam struktur komuniti pondok pesantren di Indonesia. Pondok Pesantren Gontor telah mengorak satu perubahan dengan menubuhkan koperasi pondok pesantren. Langkah ini dirintis oleh Pondok Pesantren Gontor bagi memastikan kelangsungan jangka hayat pondok pesantren berbanding pesantren-pesantren lain yang pupus akibat ketandusan dana. Permasalahan yang berlaku dalam pengurusan koperasi pondok pesantren adalah kerana pengabaian sebahagian prinsip asas koperasi seperti anggotanya yang tiada penglibatan ekonomi dan tiada kebebasan autonomi. Pengabaian ini telah mengakibatkan kelemahan dalam pengurusan koperasi. Masalah ini berlaku kerana wujudnya pertukaran yang sering terjadi ke atas pengurus-pengurus koperasi yang terdiri dari pendokong dan pelapis pondok itu sendiri. Kajian ini telah berjaya mencari punca permasalahan yang berlaku antaranya; keahlian yang terhad kepada komuniti pondok sahaja selama mereka tinggal di pondok, pengurusan yang bersifat semi autonomi, pengagihan keuntungan yang berupa pembiayaan kemudahan bukan pembahagian peratus keuntungan dan caruman yang berupa pengorbanan ketaatan kepada institusi pondok bukan caruman kewangan. Kajian ini mencadangkan supaya pihak kerajaan terlibat sama dalam menjayakan misi koperasi pondok pesantren. Di samping itu juga koperasi pondok pesantren juga perlu diperluaskan penglibatannya kepada masyarakat setempat.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2011. |
Uncontrolled Keywords: | Koperasi; Pondok pesantren; Keuntungan; Pembiayaan kemudahan; Ekonomi; Struktur komuniti |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc H Social Sciences > HG Finance |
Divisions: | Academy of Islamic Studies |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 22 Nov 2021 04:11 |
Last Modified: | 22 Nov 2021 04:11 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12637 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |