Rozazat , Ramli (1987) Rancangan tanah belia khas Perlop II (RTB II) Lasah, Sungai Siput (U) Perak: Satu penilian sosio-ekonomi / Rozazat Ramli. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree ) Download (12Mb) | Preview |
Abstract
Kajian telah dijalankan ke atas Rancangan Tanah Belia Perlop II, Lasah, Sg. Siput (U) Perak dari sudut sosio-ekonomi. Kajian dilakukan mengikut rangka penyelidikan sosiologi melalui field work dan kaedah-kaedah utama dalam sosiologi , keseluruhan kajian dibahagikan kepada beberapa bab. Bab I merangkumi aspek rangka penyelidikan meliputi tujuan, bidang kajian. Metod, masalah dan sampling. Ia membolehkan kajian ini bersifat sosiologis. Bab ini juga mengandungi konsep dan teori yang digunakan dalam menjelaskan sesuatu fenomena. Bab II aspek latar belakang kawasan kajian, penubuhan Rancangan Tanah Belia dan latar belakang peserta dan bagaimana aspek latar belakang tersebut dapat menjelaskan tujuan dan matlamat yang hendak dicapai dalam kajian. Bab III penelitian ke atas struktur pentadbiran, badan-badan yang terlibat dalam pentadbiran dan bagaimana pengkaji cuba menguji hipotesis yang telah dibuat dan juga bab ini menjelaskan aspek perjalanan RTB. Bab IV penilaian ke atas kemajuan sosio-ekonomi dilihat dari sudut produktiviti yang dikaitkan dengan sikap peserta dan pentadbiran, aspek lain berhubung ‘indikator’ ekonomi seperti pendapatan, perbelanjaan, pekerjaan serta indicator sosial seperti kemudahan asas dan infrastruktur serta pembentukan komuniti dikaji dan bagaimana aspek sosio-ekonomi tersebut dilihat dalam hubungan dengan kebenaran hipotesis yang dibuat iaitu ‘kejayaan RTB II berkait rapat dengan kelicinan pentadbiran.’ Bab V rumusan dan kesimpulan dari kesimpulan dari kajian, penemuan-penemuan yang didapati serta beberapa cadangan yang releven dan praktikal untuk memperbaiki keadaan di RTB II.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1986/1987. |
Uncontrolled Keywords: | Rancangan tanah belia; Pendapatan; Perbelanjaan; Sosio-ekonomi; Produktiviti; Penyelidikan sosiologi |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 23 Nov 2021 07:44 |
Last Modified: | 23 Nov 2021 07:44 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12641 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |