Corak kehidupan dan organisasi anak-anak yatim: Satu kajian kes di Rumah Budi, Yan, Kedah / Sarimah Shaari

Sarimah , Shaari (1989) Corak kehidupan dan organisasi anak-anak yatim: Satu kajian kes di Rumah Budi, Yan, Kedah / Sarimah Shaari. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (12Mb) | Preview

    Abstract

    Dalam menjalankan kajian ke atas anak-anak yatim, pengkaji telah menjalankan penyelidikan di rumah BUDI (Asrama BUDI) yang terletak di Yan, Kedah. Kajian ini memakan masa sebulan dan pengkaji menggunakan setiap kesempatan yang ada untuk memerhati dan menyelidik berkenaan rumah anak-anak yatim tersebut. Tujuan umum pengkaji adalah untuk memberi satu gambaran kepada masyarakat tentang keadaan kehidupan dan corak organisasi serta kegiatan-kegiatan yang terdapat di rumah anak-anak yatim. Dalam bab I, pengkaji menghuraikan tujuan, bidang, kepentingan dan masalah kajian disamping teknik-teknik penyelidikan yang telah digunakan. Konsep-konsep dan pendekatan juga dikaitkan dengan konsep rumah anak-anak yatim. Bab II pengkaji menyentuh tentang organisasi rumah BUDI sebagai salah satu rumah anak-anak yatim yang meliputi latarbelakang sejarah, struktur fizikal dan pentadbiran serta corak kemasukkan dan keluaran di rumah BUDI. Bab III pengkaji cuba melihat kegiatan-kegiatan yang dijalankan di rumah BUDI termasuklah keadaan hidup anak-anak yatim, pentadbiran asrama, derma organisasi, rancangan masa depan serta kejayaan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh rumah BUDI. Bab IV pengkaji melihat latarbelakang penghuni rumah BUDI. Ini termasuklah butir-butir peribadi individu dan kekeluragaan, proses kemasukan dan keluaran anak-anak yatim dan perasaan mereka tinggal di rumah BUDI. Bab V pengkaji merumuskan segala pemerhatian dan kajian dengan menilai peranan Rumah BUDI dan anak-anak yatim ini. Memberi cadangan untuk memperbaiki keadaan yang sedia ada (one dimension) dan memberi rumusan tentang kepentingan rumah anak-anak yatim. Kesimpulannya, pengkaji cuba sedaya upaya mungkin untuk memberikan gambaran yang jelas tentang kepentingan dan peranan yang dimainkan oleh anak-anak yatim.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1988/1989.
    Uncontrolled Keywords: Anak-anak yatim; Asrama BUDI; Pentadbiran asrama; Jabatan Zakat Negeri Kedah; Psikologi kanak-kanak
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 19 Nov 2021 06:38
    Last Modified: 19 Nov 2021 06:38
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12648

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item