Web based resource center for the disabled (e-Istimewa.com) / Faizan Norhayati Othman

Faizan Norhayati , Othman (2003) Web based resource center for the disabled (e-Istimewa.com) / Faizan Norhayati Othman. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (13Mb) | Preview

    Abstract

    Selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini, proses pencarian maklumat semakin menjadi mudah dengan adanya pusat maklumat berasaskan web di Internet. Dengan ini, saya memilih tajuk Projek ilmiah tahap akhir iaitu merupakan pembangunan pusat maklumat untuk golongan kurang upaya berasaskan web. Laporan yang disiapkan pada kali ini merupakan satu dokumen lengkap ke atas projek yang dibangunkan. Di dalam laporan ini akan dilengkapi dengan penerangan mengenai pengenalan projek, kajian literasi, pendekatan metodologi, analisis sistem, rekabentuk, perlaksanaan, pengujian dan penakrifan ke atas sistem. ‘Pusat Maklumat Golongan Kurang Upaya Berasaskan Web' ini merupakan aplikasi laman web yang menyediakan maklumat tentang golongan kurang upaya. lanya bersifat global dan boleh dicapai oleh seluruh penduduk Malaysia melalui pcrkhidmatan Internet. Pengguna boleh mendapatkan maklumat mengenai cacat mental, fizikal, penglihatan dan pendengaran. Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan seperti ruangan borak, forum, e-jual beli dan enjin carian. Metodologi yang digunakan ialah Model Prototaip kerana metodologi ini membenarkan kesemua atau sebahagian sistem dibina dengan cepat untuk memahami isu-isu yang timbul supaya pembangun, pengguna dan pelanggan dapat mempunyai kefahaman yang sama terhadap sistem. Peralatan pembangunan web yang digunakan ialah teknologi JSP (Java Server Pages), Macromedia Dreamweaver MX dan disokong oleh pangkalan data Microsoft Access XP. Pendekatan lain yang digunakan adalah Unified Modelling Language (UML) sebagai gambaran awal sistem yang akan dibangunkan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, Universiti Malaya, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: e-Istimewa.com; Internet; Macromedia Dreamweaver MX; Unified Modelling Language (UML); Global
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 15 Dec 2021 03:30
    Last Modified: 15 Dec 2021 03:30
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12718

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item