Penggunaan lakuan tuturan dalam interaksi semasa kelas Bahasa Cina peringkat prasekolah / Lim Yee Wah

Lim , Yee Wah (2020) Penggunaan lakuan tuturan dalam interaksi semasa kelas Bahasa Cina peringkat prasekolah / Lim Yee Wah. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (186Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis M.A)
    Download (1784Kb) | Preview

      Abstract

      Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis-jenis lakuan tuturan yang digunakan oleh kanak-kanak prasekolah semasa mereka berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya dalam kelas bahasa Cina di tadika. Pemerolehan bahasa dan perkembangan bahasa kanak-kanak masih berlaku pada peringkat umur mereka antara 4 tahun hingga 6 tahun (Piaget, 1964; Saxton, 2017). Data yang dikumpul melibatkan rakaman video semasa kanak-kanak prasekolah sedang belajar, menjalankan aktiviti, bermain dan berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya. Justeru, kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dan kerangka analitikal yang diadaptasi daripada kerangka lakuan tuturan Searle (1976) dan Yule (1996), serta kajian-kajian lakuan tuturan yang terkini (Özge Gül, 2014; Ogiermann, 2015; Takada & Endo, 2015; Kanngiesser et al., 2017) untuk mengklasifikasi jenis-jenis lakuan tuturan yang didapati dalam data. Kajian ini mendapati bahawa kanak-kanak prasekolah dan guru menggunakan lakuan tuturan yang tertentu dalam komunikasi di kelas semasa sesi kelas bahasa Cina, iaitu lakuan tuturan representatif, direktif, ekspresif dan komisif. Kanak-kanak prasekolah kerap menggunakan lakuan tuturan representatif dan lakuan tuturan direktif, iaitu menyatakan, bertanya dan meminta semasa berkomunikasi dengan guru dan rakan sebaya mereka. Manakala, lakuan tuturan yang paling kerap digunakan oleh guru adalah lakuan tuturan direktif dan lakuan tuturan representatif. Jenis-jenis lakuan tuturan yang kerap digunakan oleh guru adalah mengarah, bertanya dan menyatakan semasa berinteraksi dengan kanak-kanak prasekolah. Kajian ini mendapati lakuan tuturan yang kerap digunakan oleh guru bukan sahaja menunjukkan kategori khusus lakuan tuturan namun kebanyakan adalah menunjukkan kategori kombinasi dua lakuan tuturan yang berbeza, terutamanya kombinasi lakuan tuturan representatif dengan direktif. Jenis-jenis kombinasi lakuan tuturan yang kerap digunakan oleh guru adalah kombinasi menyatakan dengan mengarah dan kombinasi menyatakan dengan bertanya semasa berinteraksi dengan kanak-kanak prasekolah. Kepentingan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap penggunaan lakuan tuturan di peringkat kanak-kanak prasekolah semasa berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya dalam bahasa Cina. Kajian pragmatik berkenaan dengan penggunaan lakuan tuturan dalam peringkat prasekolah perlu dijalankan bagi memantapkan dan melengkapkan lagi kajian-kajian yang sedia ada, dan ia juga membawa manfaat kepada para pendidik bagi membantu mereka merancang kaedah pengajaran dan aktiviti mengikut tahap perkembangan bahasa kanak-kanak dengan lebih berkesan.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Languages and Linguistics, Universiti Malaya, 2020.
      Uncontrolled Keywords: Lakuan tuturan; Kanak-kanak prasekolah; Guru; Representatif; Direktif; Kelas Bahasa Cina
      Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
      Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 06 Dec 2021 04:28
      Last Modified: 06 Dec 2021 04:28
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12730

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item